Update Kes terowong: SPRM beku 4 akaun ‘Datuk Seri’ berjumlah RM3.6 juta >> Berita Malay 18

Kenderaan mewah yang disita susulan penahanan seorang ahli perniagaan yang dipercayai menerima wang bagi menutup kes siasatan projek terowong.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan 4 akaun bank milik syarikat seorang “Datuk Seri” yang mempunyai wang berjumlah kira-kira RM3.6 juta.
Perkembangan ini menyusuli penahanan ahli perniagaan itu kerana dipercayai menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurut sumber, SPRM turut menyita kenderaan Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex dianggarkan bernilai kira-kira RM1.3 juta serta 3 buah televisyen bernilai RM167,900.
Difahamkan turut disita ialah sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta di Petaling Jaya.
Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Subscribe to receive free email updates: