Tekanan darah tinggi menyebabkan seorang pesara Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kini hanya terlantar selepas diserang angin ahmar pada badan kirinya, sejak setahun lalu.
Keperluan harian termasuk makan minum Abdul Rani Awang, 71, yang pernah menjadi Ketua Kampung Tengah sejak 1995 hingga 2002, kini diuruskan isterinya, Noraini Ibrahim, 67.
Kesanggupan Noraini menjaga insan sangat disayangi itu dapat dilihat meskipun dia sendiri menghidap masalah paru-paru dan kencing manis serta perlu melakukan pemeriksaan berkala setiap bulan.
Noraini berkata, ketika awal diserang angin ahmar, pertuturan suaminya tidak jelas dan tidak mampu mengingati banyak perkara.
Menurut ibu kepada enam anak itu, kehidupan mereka sekeluarga bergantung wang pencen suaminya, selain bantuan daripada anak-anak.
“Sejak beberapa bulan lalu, kesihatan suami sangat kritikal. Dia langsung tidak boleh bergerak, hanya bergantung kepada ubat-ubatan dan hanya minum susu dengan menggunakan tiub.
“Kini syukur suami sudah boleh duduk dalam beberapa minit setelah rawatan secara urutan dilakukan terhadapnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, di sini, semalam ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mazlan Mat Rashid yang menyampaikan sumbangan katil.
Pada kunjungan itu, juga, Abdul Rani turut menerima sumbangan kerusi roda disampaikan menerusi NGO My Prihatin yang diwakilkan kepada Mazlan.
Related Posts :
Update Ini Sebab @LimKitSiang Panggil Ketua Pesuruhjaya @SPRMMalaysia Monyet >> Berita Malay 18
Sekarang baru kita tahu kenapa Lim Kit Siang menjadi kurang ajar dan tudak beradab dengan mengelarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pence… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/09/update-ahli-umno-serang-irmohizam.html">Update Ahli UMNO 'SERANG" Irmohizam, Pengerusi LKIM, Jamal Mampu Jual Ikan dengan Harga 50% Rendah, Apa LKIM buat >> Berita Malay 18
Ahli UMNO menyerang Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan mempersoalkan apakah peranan beliau sebagai Pengerus… Read More...
Update [Video Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal! Kok gitu?] Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus, projek apa pula bakal melingkup? >> Berita Malay 18Sabtu, 30 September 2017
Selepas Kedai Rakyat 1Malaysia bungkus, projek apa pula bakal melingkup?
Sudah masuk minggu kedua Kedai Rakyat … Read More...
Update [Video CUKUP KALI INI!~Jangan Biarkan Kerajaan BN Berbuat Sesuka Hati] Johor CONFIRM Pakatan Harapan & Kota terakhir UMNO/BN bakal hilang. >> Berita Malay 18Sabtu, 30 September 2017
Kota terakhir UMNO/BN bakal hilang
Kubu terakhir UMNO adalah di Johor, dan kota pertahanan terakhir UMNO Johor… Read More...
Update Sukar dapat kerja antara sebab jadi gelandangan [HAKIKAT SEBENAR hari ini yang Najib Tidak Dapat Fahami] >> Berita Malay 18
SEREMBAN, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Pada ketika insan lain seusianya menghitung hari untuk bersara daripad… Read More...