Dua lelaki dikenakan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah bersama-sama menculik seorang pengarah urusan sebuah syarikat berpangkat Datuk bagi mendapat wang tebusan berjumlah RM19 juta, dalam kejadian tiga tahun lalu.
Tertuduh, Ang Boon Leong, 41, dan Lim Sin Chye, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat sama telah melakukan penculikan ke atas lelaki bernama Datuk Chin Yoke Chuan dengan niat menyebabkannya dikurung dengan salah dan secara rahsia.
Boon Leong bekerja dalam industri perlombongan, manakala Sin Chye merupakan seorang jurutera didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kenderaan Hotel Seri Manja Boutique, Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 5.55 petang pada 26 Disember 2015.
Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan pendakwa raya, Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Muhamad Asyraf Md. Kamal. Manakala tertuduh diwakili peguam, S.Parameswaran.
Related Posts :
Update Dulu DAP 'komunis',sekarang UMNO pula suka 'komunis'... >> Berita Malay 18
Segala tohmahan jahat UMNO selama ini mengaitkan DAP dengan komunis akhirnya terkena batang hidung sendiri apabila UMNO diberi penghormata… Read More...
Update [Video MERAH MATA Umno Sabah & Sudah Sampai Masanya Rakyat Sabah Mengambil Alih Pemerintahan!] Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah (PRU13: 25 Parlimen & 60 DUN). >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
PARLIMEN/DUN SABAH
Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Har… Read More...
Update [Video Negara KleptoKrasi & Penyokong Tegar Umno mengamuk di RTM1] SUBKY LATIF (Pas) SUDAH HILANG ARAH? Tidak lagi suka menulis tentang kebobrokan rejim kleptokrasi. >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
SUBKY LATIF SUDAH HILANG ARAH?
Subky Latif tidak lagi suka menulis tentang kebobrokan rejim kleptokrasi. Belia… Read More...
Update [Video PAS Malu-malu Kucing Bila Dikata Miliki DNA Sama Dengan UMNO & Undi Blok Ketiga Berarti Undi BN] Dulu tuduh ‘DAP komunis’, sekarang UMNO menghadap Parti Komunis China. >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
Dulu tuduh ‘DAP komunis’, sekarang UMNO menghadap Parti Komunis China
KUALA LUMPUR, 9 OKT: Segala tohmahan j… Read More...
Update [Video Mat Sabu: Pemerintah Yang Zalim Perlu Di Tumbangkan & Kenapa Sabah jadi tumpuan Ini jawab bos SPRM] Kes seleweng RM1.5b: SPRM tahan 1 dari Warisan & 2 Ketua Pemuda Umno. >> Berita Malay 18Selasa, 10 Oktober 2017
Kes seleweng RM1.5b: SPRM tahan tiga pemimpin politik Sabah
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menahan tiga… Read More...