Pihak yang mengetahui ada individu yang menjual bantuan yang diterima supaya melaporkan kepada pihak bertanggungjawab.
Demikian tegas Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Dato' Sri Sharif Fauzan Sharif kepada mereka yang bertindak menjual peralatan diberikan.
Menurutnya, pegawai berkenaan perlu melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pahang.
“Individu yang menjual bantuan yang diterima telah menafikan hak orang lain yang betul-betul memerlukan.
“Jadi, kita tidak perlu memberi bantuan kepada individu ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan MyGap kepada pemegang sijil itu, di sini, semalam.
Hadir sama, Pegawai Pertanian Daerah, Amir Dzulfazli Samad.
Sementara itu, Shafik Fauzan berkata, melalui pensijilan MyGap, peserta menjalankan amalan pertanian baik.
Menurutnya, pihak jabatan akan memastikan mereka menggunakan baja berjadual selain menjamin keselamatan hasil tanaman.
“Justeru, bantuan yang diterima melalui MyGap ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk projek yang diusahakan,” katanya.
Pada majlis berkenaan, seramai 37 peserta menerima bantuan peralatan seperti baja, kereta sorong, mesin penyembur racun dan alat penimbang sayur.
Related Posts :
Update [Video Fitnah (Oii, Najib betulkah ianya fitnah?) BENARKAH 'Pas hilang deposit setengah juta ringgit'? JANGAN BOHONG la, sebenarnya PAS hilang deposit LEBIH SEJUTA RINGGIT dlm PRU14 & PH hanya berkuasa setahun sahaja lagi? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update [KECEWA IBLIS & SYAITAN] Muktamar PAS lulus usul satukan politik Islam-Melayu >> Berita Malay 18
KUALA NERUS: Muktamar PAS ke-64 hari ini menerima usul supaya parti itu menerajui usaha menyatukan kelangsungan politik Islam-Melayu di n… Read More...
Update [Video Pembangkang MEMBAWANG PH pun membawang juga, apa yg terjadi Umno terus TERSUNGKOQ jua] Bekas KM Melaka sertai BERSATU, jadi ahli seumur hidup. >> Berita Malay 18Ahad, 16 September 2018
Bekas KM Melaka sertai BERSATU, jadi ahli seumur hidup
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad A… Read More...
Update [RM800K Bebas?RM20K kena] Pegawai Menteri bebas, Macai Tanpa Jawatan Kena, Ikan bilis dicekup, ikan paus lolos? >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Sejarah kedatangan Pendatang Kaum Cina di Tanah Melayu >> Berita Malay 18
Salam Semua.
Sejarah kedatangan Pendatang Kaum Cina di Tanah Melayu.
Gambar - Inilah suku sakat kaum pendatang yang dari Tanah besar China… Read More...