AHLI Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendesak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengeluarkan penyata kewangan syarikat yang tidak didedahkan sejak 2014.
Selepas itu, barulah kenyataan dana pelaburan negara itu yang mendakwa “mereka tidak hilang wang dan semua wang masih ada bersama mereka” boleh dipercayai.
Tony mengulas kenyataan dikeluarkan 1MDB menafikan wang sebanyak RM430 juta dirampas pihak berkuasa Switzerland bukanlah milik dana pelaburan negara cetusan ilham Perdana Menteri Najib Razak itu.
“Jika wang 1MDB semuanya masih dalam jagaan, mengapa 1MDB tidak pernah mendedahkan sepenuhnya kewangan syarikat sejak 2014?
“Malah, 1MDB tidak pernah keluarkan akaun audit yang sah sejak Mac 2012 selepas Deloitte Malaysia menarik balik sokongan mereka untuk penyata kewangan 1MDB pada Mac 2013 dan 2014,” kata Tony dalam satu kenyataan hari ini.
Dana pelaburan Malaysia terpalit skandal kewangan yang mencetuskan siasatan di seluruh dunia itu semalam mengatakan, CHF104 juta (RM430 juta) yang kini dipegang Perbendaharaan Persekutuan Switzerland bukan milik 1MDB sebaliknya adalah denda yang dikenakan ke atas bank yang melanggar undang-undang kewangan negara itu.
Related Posts :
Update MAHALNYA HARGA SEBUAH EGO DAN POLITIK DENDAM, RAKYAT TANGGUNG AKIBAT >> Berita Malay 18
Berapakah harga akibat pembatalan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), soal Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai membi… Read More...
Update SAUDI TETAP IKTIRAF UMNO, MULA SINDIR PH >> Berita Malay 18
MESRA… Belum pernah berlaku dalam sejarah, pemimpin pembangkang sesebuah negara Islam diiktiraf kerajaan Arab Saudi dan dijemput hadir… Read More...
Update BR1M DIHAPUSKAN: Zalim kepada Rakyat MISKIN atas alasan tongkat >> Berita Malay 18
Saya kesal bahawa Tun Dr Mahathir semalam mengumumkan bahawa BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan.
Tun Mahathir masih mendakwa bahawa BR1… Read More...
Update MAHALNYA HARGA SEBUAH EGO DAN POLITIK DENDAM, RAKYAT TANGGUNG AKIBAT >> Berita Malay 18
Berapakah harga akibat pembatalan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), soal Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai membi… Read More...
Update Tun M: Bantuan Rakyat akan DIHAPUSKAN, mahacai suka, ah tepukkk >> Berita Malay 18
Kerajaan akan mengurangkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.
Memetik wawancara The Mal… Read More...