Update Mazlan bukan penjenayah: Amanah Johor >> Berita Malay 18

Aminolhuda Hassan JOHOR BAHRU - Amanah Johor menyuarakan rasa kecewa susulan penahanan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman awal pagi tadi.
Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, Mazlan bukan seorang penjenayah, sebaliknya hanya pemimpin sebuah persatuan masyarakat terdiri daripada anak peneroka Felda.
"Beliau seorang yang bertanggungjawab dengan kenyataannya, malah beliau seorang yang mempunyai sikap tidak akan melarikan diri.
"Beliau seorang pemimpin masyarakat, tetapi kenapa ditangkap sedemikian?," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.
Aminolhuda berkata, tindakan ke atas Mazlan sekitar jam 1.30 pagi itu disifatkan sebagai tidak sesuai untuk dilayan sedemikian rupa kepada seorang pemimpin masyarakat.
"Jadi saya merasa terkilan kerana usaha sedemikian memberi tekanan emosi dan mental kepada keluarga khususnya isteri dan anak-anak.
"Bagi pihak Amanah di peringkat pimpinan negeri dan nasional, saya mendoakan kepada keluarga Mazlan. Kami bersimpati dengan apa yang berlaku dan mengharapkan agar keluarga dapat menerima ketentuan tersebut," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :