Update MEMANG PARAH...SAMPAI KE PARLIMEN NAJIB MENYEBAR BERITA PALSU >> Berita Malay 18

Apabila Najib Razak menyatakan masalah air yang berlaku di Selangor adalah lebih teruk berbanding hutang 1MDB, ia nyata sekali satu berita palsu yang terang lagi sahih.

Bagaimanakah seorang Perdana Menteri boleh berkata demikian sedangkan masalah air hanya berlaku untuk beberapa hari, itu pun kerana proses mekanikal, manakala krisis hutang 1MDB masih berlarutan sehingga kini?

Lebih daripada itu, selain seluruh negara menanggung sengsara, penyiasatan antarabangsa melibatkan sekurang-kurangnya 8 negara juga telah dilakukan akibat hutang 1MDB yang memang disengajakan itu.

Adakah masalah air di Selangor menyebabkan ada kertas siasatan dibuka?

Jadi, di mana asasnya perbandingan yang dibuat oleh Najib itu?

Dengan itu, membandingkan masalah air di Selangor dengan krisis hutang 1MDB, bukan saja bertujuan mengalihkan perhatian, tetapi juga suatu tindakan menyebarkan berita palsu secara terang-terangan kepada rakyat.

Memburukkan lagi imej kerajaan ialah kerana perbuatan menyebar berita palsu itu dilakukan oleh seorang Perdana Menteri dan di ketika gembar-gembur undang-undang mengekang berita palsu mahu diperkenalkan.

Bagaimanakah undang-undang itu boleh menjadi efektif jika Perdana Menteri sendiri menunjukkan teladan suka menyebarkan berita palsu?

Yang lebih parah ialah perbuatan Perdana Menteri menyebar berita palsu itu dilakukan di dalam Parlimen, suatu tempat mulia yang seharusnya perkara-perkara benar, sahih dan fakta saja diungkapkan di dalamnya.

Kita mungkin tidak hairan jika penyebaran berita-berita palsu dilakukan dalam ucapan politik, melalui media arus perdana, televisyen atau portal berbayar yang dikaitkan dengan Najib, tetapi melakukannya di dalam Parlimen adalah suatu perbuatan yang jelas tidak bermoral.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :