Update MENGAPA ZAHID HAMIDI TERLEBIH GHAIRAH BERCAKAP TENTANG TARIKH PILIHANRAYA? >> Berita Malay 18

Berbanding mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Ahmad Zahid Hamidi didapati paling kerap membuat jangkaan atau ramalan mengenai bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan.

Hanya dalam tempoh antara November 2017 hingga Mac 2018, beliau sekurang-kurangnya sudah lima kali menjadi "nujum pak belalang"  mengenai perkara itu.

Keghairahannya bercakap mengenai tarikh pilihanraya itu nyata melebihi apa yang ditunjukkan oleh Najib Razak sendiri selaku Perdana Menteri.

Dalam beberapa reaksinya tentang tarikh pilihanraya umum, Najib hanya mengatakan belum ada ilham mengenainya, meminta semua jentera bersiap sedia dan terbaru beliau bergurau dengan pihak media dengan berkata, "bila mahu pilihanraya?"
Berikut adalah fakta mengenai kekerapan Zahid Hamidi membuat ramalan atau jangkaan mengenai tarikh pilihanraya.

Pada 12 November 2017, Zahid Hamidi berkata pilihanraya umum akan diadakan pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan ke 46 Parti Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Pada 26 November 2017, Zahid Hamidi memberi bayangan PRU 14 akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada pertengahan Februari 2018.

Beliau menyatakan perkara itu ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang, Bagan Datuk.

Pada 18 Februari 2018, Zahid Hamidi membayangkan PRU 14 akan diadakan sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang jatuh pada pertengahan Jun depan.

Beliau membayangkannya ketika berucap di Majlis Semarak Mahabah di Sekolah Menengah Agama Al Islah, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Pada 13 Mac 2018, Zahid Hamidi berkata lagi, tarikh pilihanraya umum mungkin akan diumumkan selepas usul persempadanan baru kawasan pilihanraya diluluskan oleh Parlimen dan sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir pada 5 April depan.

Beliau menyatakan kemungkinan itu ketika berucap di Majlis Luncheon Talk bersama Ketua-Ketua Pengarang dan pemilik permit penerbitan di Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :