Menurutnya, Najib menganggap pengundi Melayu sebagai bodoh kerana mudah dibeli dengan wang berbeza dengan pengundi Cina.
“Sekarang dia mengubah sempadan kawasan pilihan raya supaya orang Melayu diasingkan daripada orang Cina kerana pendapat Najib adalah orang Melayu ini bodoh.
“Kalau bagi duit RM200 maka mereka akan undi Datuk Seri Najib. Orang Cina katanya lebih cerdik, katanya tidak mudah disogok dengan wang.
“Sebab itu diasingkannya orang Melayu daripada Cina,” kata Pengerusi Bersatu itu dalam Ceramah Perdana Jelajah Pakatan Harapan di Seremban semalam.
Beliau menyifatkan Najib Razak pada masa ini sudah terjerat untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang ditangguh sejak 2015.
“(Tahun) 2015, tak jadi (pilihan raya), (20)16 pun tak jadi, 17 pun tak jadi. Sekarang sudah sampai 18, nak pergi mana lagi Datuk Seri Najib?

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri Ceramah Perdana Jelajah Pakatan Harapan di Seremban semalam.
Akibat terperangkap, Najib Razak cuba untuk menipu PRU-14 tetapi, jelasnya, penipuan daripada seorang pencuri memang perkara biasa.
“Penipuan pertama dilakukan, senarai pengundi ditukar sehingga tidak bermakna lagi. Dalam senarai penmgundi ada pengundi Fatimah binti Ismail (seramai) 900 orang.
“Bertabur seluruh Malaysia. Umurnya lebih kurang sama. Entah dari mana datang 900 Fatimah binti Ismail ini,” ujarnya.
Untuk rekod, menjelang pilihan raya umum lalu pada 2013, didedahkan Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama sama, termasuk 900 bernama ‘Fatimah Ismail’.

Antara pimpinan Pakatan Harapan di Ceramah Perdana Jelajah PH di Seremban semalam.
“Sekali lagi, ini cara untuk menipu rakyat supaya boleh bawa pengundi yang tidak berhak mengundi pada PRU-14 ini.
“Kita dapati juga ditambahnya undi pos. Undi pos ini dibuat lebih awal, dimasukkan dalam peti tapi peti itu disimpan tanpa dijaga oleh parti-parti lawan.
“Apa terjadi paa peti-peti ini, kita tidak tahu. Mungkinkah Fatimah binti Ismail yang 900 ini undi Datuk Seri Najib?
“Itulah penipuan yang dimulakan Datuk Seri Najib,” tambahnya lagi selain cabutan nombor bertuah yang menawarkan hadiah seperti rumah dan motosikal.