Update Pasangan Kembar Di Bawah Umur Bernafsu Binatang >> Berita Malay 18


TAMPIN: Dua orang lelaki yang merupakan pasangan kembar di bawah umur telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin gara-gara merogol seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun.

Kejadian ini dipercayai telah berlaku di antara bulan Januari dan Februari yang lalu di sebuah pondok yang terdapat di belakang rumah.

Bagaimana pun, kedua-dua suspek terbabit tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan terbabit dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Kedua-dua pasangan kembar yang baru berusia 15 tahun itu akan dibicarakan di bawah Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan kerana telah merogol mangsa yang berada di bawah umur.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Rinisha Priyya memohon agar menetapkan tarikh bagi sebutan semula kes ini iaitu pada 19 April depan bagi menunggu laporan perubatan mangsa.

Dalam pada masa yang sama, majistret juga turut menetapkan wang jaminan buat setiap orang suspek adalah sebanyak RM2,000 dan sekiranya gagal untuk membayarnya, kedua-duanya akan ditempatkan di sekolah pemulihan akhlak. Sumber: E Berita, Editor: S

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :