BERBEKALKAN bimbingan berterusan daripada tenaga pengajar yang tidak pernah berputus asa, 26 pelatih orang kurang ipaya (OKU) di Pertubuhan Pemulihan Tunas Seri Teruntum kini diberi kemahiran asas menjahit dan membuat roti.
Penyelianya, Norashikin Alias, berkata, inisiatif itu dilakukan sebagai satu cara untuk membuatkan pelatih istimewa itu menjana pendapatan melalui produk yang dihasilkan.
Menurutnya, bengkel jahitan bermula pada tahun 2015 selepas mendapat peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang berjumlah RM18,000.
Mereka membeli keperluan dan membuat produk jahitan yang tidak mengeluarkan kos besar seperti beg, bekas pensel dan bantal
“Bengkel jahitan melibatkan 16 pelatih dan mereka mempunyai tugas masing-masing seperti menggunting kain perca, menjahit dan memasukkan kain perca di dalam bantal bergantung pada kemampuan kerana pelatih terdiri daripada sindrom down, masalah fizikal dan masalah pembelajaran.
“Buat masa ini, kami menerima banyak tempahan daripada orang ramai memandangkan harga yang dijual juga lebih murah iaitu RM3 hingga RM10,” katanya.
Dalam pada itu katanya, bengkel roti pula bermula pada hujung tahun lalu dengan membuat ban kosong dan hanya menjual kepada ibu bapa pelatih sebelum meletakkan roti di gerai-gerai makan berdekatan.
“Buat masa ini kami tidak mempunyai peralatan yang lengkap dan cukup kerana hanya mempunyai satu mesin aduan dan ketuhar pembakar menyebabkan tidak mampu memenuhi permintaan.
“Sekurang-kurangnya kami membuat 200 ban sehari yang ditempah,” katanya.
Related Posts :
Update [Video 'Kita Bersaudara' TAHNIAH Malaysia SYABAS Garudaku] Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak & Bekas PM Thailand Yingluck lari ke Dubai! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
Juara bertahan Thailand mara ke final bola sepak
Pemain Thailand meraikan gol jaringan ketua pasukan Chenrop Samph… Read More...
Update [Video Janji 'Pakatan Rakyat'? Tun M tersasul (lupa) di Kelantan] NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA! >> Berita Malay 18Ahad, 27 Ogos 2017
NAJIB SEMAKIN PANIK, PERTUKARAN KERAJAAN KIAN MENAKUTKANNYA
Baru dua hari lalu Najib Razak menulis di blognya denga… Read More...
Update 'Bentong Ginger' - Tahniah Menteri Pertanian & Asas Tani Dan MP Bentong >> Berita Malay 18
Halia terbaik di Malaysia datangnya dari Bentong. Halia ini dikenali sebagai Halia Bentong atau Bentong Garlic. Malaysia masih mengimpo… Read More...
Update 'Kami tunggu, tapi cikgu tak muncul-muncul...' >> Berita Malay 18
MARANG: "Kami tunggu cikgu untuk mengajar kelas tambahan, tetapi dia tak kunjung tiba. Rupa-rupanya cikgu terkorban dalam kemalangan," kat… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2017/08/update-video-jatuhkan-kerajaan.html">Update [Video "Jatuhkan Kerajaan Kleptokrasi BN dan naikkan PH"] SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT...Di Kepala Batas dan Ipoh baru-baru ini, melaut rakyat hadir untuk mendengar ucapannya. >> Berita Malay 18Sabtu, 26 Ogos 2017
SELAGI TUN MAHATHIR SIHAT, SELAGI ITU UMNO TERUS SAKIT
Tun Mahathir Mohamad adalah ketakutan utama bagi Najib Razak… Read More...