SYDNEY - AUSTRALIA. Mangsa keempat terkena jangkitan Listeria selepas makan tembikai wangi atau Rockmelon yang tercemar meninggal dunia, kata pihak berkuasa.
Punca wabak Listeria tersebut disahkan dari sebuah ladang di New South Wales (NSW). Setakat ini, 17 orang telah dijangkiti.
"Terdapat dua kematian di NSW dan dua di Victoria," kata NSW Health dalam satu laporan.
Menurut pengarah penyakit berjangkit di NSW Health, Vicky Sheppeard, semua rockmelon yang tercemar (cantaloupes) sudah ditarik balik dari pasaran pada 28 Februari lalu.
"Kira-kira satu pertiga daripada orang yang jatuh sakit akibat listeriosis mati setiap tahun. Kebanyakan kes tidak berkaitan dengan wabak seperti ini yang membabitkan rockmelon yang tercemar," katanya.
Listeria adalah bakteria biasa dan tidak menyebabkan penyakit ke atas kebanyakan orang.
Tetapi ia boleh mengancam warga tua, wanita hamil atau mereka yang mempunyai masalah seperti kencing manis atau kanser.
Listeriosis bermula dengan gejala seperti selesema, termasuk seram sejuk, demam dan sakit otot. Ia mempunyai tempoh inkubasi sehingga 70 hari. - AFP
Related Posts :
Update Siapa calon PM PAS? Ketua Pemuda, Khalil jawab >> Berita Malay 18
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesyorkan tiga ciri-ciri parti itu untuk melantik perdana menteri, iaitu seseorang calo… Read More...
Update Dua Beradik Tidak Dapat Dikesan >> Berita Malay 18
RAWANG: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dipercayai telah hilang selepas pergi ke … Read More...
Update Penyelesaian ajaib isu kehilangan tanah Felda Jalan Semarak >> Berita Malay 18Adakah penyelesaian skandal “kehilangan” hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semudah itu?
Adakah kes itu dikira selesai se… Read More...
Update Isu tanah masalah terakhir Felda, keyakinan mula kembali sembang Shahrir >> Berita Malay 18Shahrir Samad berkata, keyakinan institusi kewangan terhadap Felda juga lebih positif sekarang.
Tan Sri Shahrir Samad memberi jaminan isu pe… Read More...
Update 'Tun Razak yakin, percaya pada Mahathir' >> Berita Malay 18
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dalam satu wawancara mengenai sumbangan Tun Abdul Razak Hussein, bercakap dengan penuh mesra dan kasih … Read More...