Beliau berkata SPR akan membawa usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan Dewan Rakyat untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“SPR hanya perlu masa sehari untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Pertuan Agong dan selepas itu draf tersebut menjadi rasmi dan boleh digunakan untuk PRU14,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen #jomkitasemak dan #jomkitaundi SPR di Universiti Malaysia Perlis hari ini.
Mohd Hashim berkata persempadanan semula pilihan raya dibuat berdasarkan kemajuan dan pembangunan demografi kawasan dan penduduk, sekali gus menyangkal dakwaan parti politik khususnya pembangkang iaitu proses itu dilakukan bertujuan memenangkan parti pemerintah.
Katanya, persempadanan semula itu sepatutnya diluluskan sejak 2 tahun lepas namun tertangguh kerana ia dibawa ke mahkamah oleh pembangkang menyebabkan perkara itu tertangguh.