Rang Undang-undang Berita Palsu yang dijadual akan dibentang di Parlimen minggu hadapan, dikhuatiri akan disalahgunakan untuk membisukan laporan media tentang skandal melibatkan syarikat bermasalah milik negara, 1MDB.
Ini berikutan demikian banyak kritikan media tempatan dan antarabangsa terhadap syarikat terbabit, membabitkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pastinya cuba dibungkam oleh pihak kerajaan.
Baharu sahaja tempoh hari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dilaporkan berkata bahawa sebarang maklumat berkaitan 1MDB yang tidak disahkan kerajaan akan dianggap sebagai berita palsu.
Justeru, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh mempersoalkan kenapa kerajaan begitu tergopoh-gapah mahu membentangkan RUU terbabit.
“Jailani sepatutnya tahu bahawa dapatan pihak berkuasa tidak boleh diterima sebagai perkara muktamad kerana belum diuji di mahkamah.
“Justeru tidak boleh dikatakan bahawa kritikan terhadap 1MDB yang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa sebagai palsu,” jelas Ram, yang merupakan seorang peguam.
Ram turut bertanya sama ada undang-undang baru itu akan turut terpakai kepada media asing, memandangkan Perdana Menteri pun masih lagi belum memulakan sebarang tindakan undang-undang terhadap mana-mana media asing.
“Kalau diikutkan kegagalan kerajaan mengambil tindakan terhadap media asing setakat ini, nampaknya memang tidak akan ada tindakan terhadap mereka di bawah RUU baru tersebut.
“Nampaknya tujuan RUU berita palsu ini hanyalah untuk membungkam kritikan terhadap 1MDB dan lain-lain isu sensitif menjelang pilihanraya umum ke-14,” tambahnya.
Related Posts :
Update PENGALAMAN BERKEMPEN DI RANTAU BERBEZA, PENGUNDI TANPA SEGAN SILU MENGAKU ORANG TOK MAT >> Berita Malay 18
Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said melihat kempen-kempen yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan R… Read More...
Update [Video Mat Sabu: Saya Nak Cakap Hal Melayu Malam Ini] Polis: Berlian merah jambu RM94 juta dibeli guna wang 1MDB..So jangan haraplah Najib & Rosmah akan tidur lena slps ini. >> Berita Malay 18Sabtu, 13 April 2019
Terdahulu Timb. Menteri Kewangan beritahu di Dewan Rakyat bahawa tiada pembelian berlian merah jam oleh seorang ister… Read More...
Update [Video Felda TENAT disebabkan Politik NajibUmnoBN] Perak kome hangusss weiii! Pemimpin PAS dan UMNO macam2 depa fitnah, takutkan pendeposit Tabung Haji..Sebenarnya Umno+Pas+GPS+Bung pun dah takut, ahli tegar bergerombolan tinggalkan parti senyap2. >> Berita Malay 18Sasbtu, 13 April 2019
Rompakan siang hari UMNO Perak, duit rakyat RM22 juta hangus!
Pemimpin PAS dan UMNO Macam macam depa fitnah, taku… Read More...
Update TAHTA BERPINDAH KE MUZIUM- Jika Kehendak Rakyat Dimakbulkan Allah >> Berita Malay 18
TAHTA BERPINDAH KE MUZIUM- Jika Kehendak Rakyat Dimakbulkan Allah
Inilah titah almarhum SULTAN AZLAN SHAH YANG TERBAIK ....
“Walau seb… Read More...
Update [Video DI JEPUN, POLITIKUS HARAKIRI Kerana Skandal Kewangan] Najib sudah di kandang tertuduh, Tok Mat masih tak tahu? PAS layan rakyat macam orang bodoh! Tun M: Johor bukan negara asing & Masuk gelanggang tunjuk kejantanan kamu sebagai 'pahlawan atau lanun Bugis'. >> Berita Malay 18Sabtu, 13 April 2019
Johor bukan negara asing kata Tun M...
Masuk gelanggang tunjuk kejantanan kamu sebagai pahlawan atau la… Read More...