Sebuah syarikat data yang mendakwa berperanan penting dalam kemenangan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah dirakamkan mengakui menjalankan operasi di Malaysia.
Video intipan oleh
Channel 4 di UK merakamkan ketua pegawai data Cambridge Analytica, Alex Tayler sebagai berkata, syarikat itu menggunakan data yang dikumpulkan untuk memprofil orang ramai supaya mesej sasaran berhubung pilihan raya di Amerika Syarikat dan Afrika.
Pengarah Urusan Politik Global Cambridge Analytica, Mark Turnbull kemudian menambah: “Kami telah melakukannya di Mexico, kami telah melakukannya di Malaysia, dan kini kami bergerak ke Brazil.”
Kedua-dua mereka mendedahkan ini dalam satu siri pertemuan di London dari November 2017 hingga Januari 2018 dengan seorang tukang atur
Channel 4 yang menyamar sebagai pelanggan berpotensi dari Sri Lanka yang mahu membantu ahli politik di sana.

Pada pertemuan kemudian di antara tukang atur itu dan Turnbull, eksekutif berkenaan mendedahkan bahawa syarikat itu ada kalanya bekerja di bawah nama berbeza jika pelanggan tidak mahu dikaitkan dengan Cambridge Analytica.
“Ada kemungkinan kita mempunyai kontrak dengan nama lain… Satu entiti berlainan, dengan nama berbeza, supaya tiada rekod wujud dengan nama kami dilampirkan sama sekali,” katanya.
Di laman webnya, Cambridge Analytica berkata ia telah
melakukan kerja untuk BN di Kedah sejak 2008.
“CA menyokong BN di negeri Kedah dengan kempen mesej sasaran yang menonjolkan pencapaian sekolah sejak tahun 2008.
“BN merampas Kedah dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 hasil kempen yang berjaya. Dengan memenangi 21 daripada 36 kerusi negeri dan 10 daripada 15 kerusi parlimen di negeri ini, BN menikmati kemenangan besar,” katanya.
Channel 4 juga mengaitkan syarikat itu dengan kempen berita palsu 2017 yang dijalankan di Kenya ketika menentang seteru Presiden Uhuru Kenyatta yang berkuasa sekarang.
Ketua Eksekutif Cambridge Analytica, Alexander Nix juga dirakamkan mengakui bahawa syarikatnya terbabit dengan strategi ‘pasang perangkap’ seperti secara rahsia merakamkan kakitangan memberi rasuah kepada ahli politik, atau menghantar gadis ke rumah mereka.
Related Posts :
Update [MENTERI MASIH MENTALITI PEMBANGKANG] Ada menteri mahu ‘londeh’ Kelantan >> Berita Malay 18
DALAM tempoh lima bulan sudah cukup menteri belajar, namun mereka dilihat masih lagi berbaur pembangkang. Itu luahan bekas veteran U… Read More...
Update [Video Maknyah & Transgender Sesi Hati Ke Hati] Mai la masuk BERSATU senang cerita! Najib, tunggu jer lah bila masuk kandang mahkamah nanti...Masa tu baru tau salah ke tidak! >> Berita Malay 18Khamis, 25 Oktober 2018
Mahathir alu-alukan seberapa ramai ahli Umno sertai BERSATU
Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata… Read More...
Update [Video Henti hina Umno! Ekh Eleh Shahidan] Pentadbiran Najib didakwa guna dana BR1M bayar IPIC? Pengerusi 1MDB NAJIB? Menteri Kewangan NAJIB? PM NAJIB? Mamposss! Nasib baiklah UmnoBN TERSUNGKOQ. >> Berita Malay 18Khamis, 25 Oktober 2018
Suara Rakyat
Pentadbiran Najib didakwa guna dana BR1M bayar IPIC?
BUKANKAH Najib kata haritu hasil cukai GST yg di… Read More...
Update [Video Pemuda Umno woi, dah TERSUNGKOQ pandailah kau cakap! Presiden Umno bercutilah] Ho, ho, hoo, Ramai lagi akan ke mahkamah, kita buat satu per satu. >> Berita Malay 18Khamis, 25 Oktober 2018
Ramai lagi akan ke mahkamah, kita buat satu per satu
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan … Read More...
Update Atok Cepat Balik, Arab Gila Derma RM2.6 Billion Mahu Datang Malaysia >> Berita Malay 18
Inilah peluang terbaik untuk selesaikan isu RM2.6 bilion yang difitnah Pakatan Harapan sejak dahulu. Perdana Menteri, Menteri Luar mana-m… Read More...