Seorang kanak-kanak yang bernama Rosabelle meminta ibunya membeli beg sekolah kerana begnya telah koyak.
Ketika sedang memilih beg di satu kedai, kanak-kanak yang mesra disapa Belle itu berkenan dengan satu beg bewarna pink dan mempunayi 3 roda.
Namun harga beg itu terlalu mahal dan ibunya tidak mempunyai wang yang cukup ketika itu dan meminta anaknya itu untuk tangguh membeli beg tersebut sehingga ayahnya dapat gaji.
Namun semangat anak itu untuk memilik beg tersebut terlalu kuat membuat keputusan untuk mencari duit sendiri.
Dia membuat keputusan untuk menjadi anak patung Anabelle dan kepada sesiapa yang mahu bergambar dengan patung Annabelle tersebut dikenakan bayaran RM2.
Walaupun usianya belum mencecah 7 tahun namun anak ini pandai berdikari mencari duit sendiri kerana memahami keadaan ibu bapanya. Sumber: Facebook Stacy Yong , Editor:Anna