AHLI Parlimen DAP Tony Pua hari ini mempersoalkan Putrajaya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda kerana menyebarkan berita palsu berhubung maklumat yang dikongsikannya berkenaan "kejayaan" syarikat pelaburan negara itu dalam projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.
Pua berkata kedua-dua projek terbabit perlu dijamin oleh Kementerian Kewangan berikutan masalah yang dihadapi oleh kontraktor sebelum ini.

"Jadi pujian di atas kejayaan itu perlu diberikan kepada kementerian terbabit dan bukannya 1MDB. 1MDB yang mencetuskan masalah itu. Jadi semua ini adalah berita palsu daripada Arul Kanda. Jadi mahu bertanya kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Jailani Johari yang mengatakan semua berita yang tidak disahkan oleh kerajaan adalah berita palsu, adakah jika rang undang-undang baharu diluluskan akan dikenakan kepada Arul?" soalnya.
Menurut Pua, Arul pada malam Isnin menyatakan kepada umum bahawa kejayaan 1MDB perlu dilihat dengan kejayaannya dalam TRX dan Bandar Malaysia.
"Saya baru memandu melalui pangkalan udara Sungai Besi, saya boleh lihat satu padang hijau yang luas. Jadi apa kejayaan Bandar Malaysia?"
Katanya, projek berkenaan ditinggalkan tanpa pemaju untuk mengambilnya sejak kontrak pertama dengan Iskandar Waterfront dibatalkan kerana kegagalannya melaksanakan obligasi kewangan berjumlah RM7.41 bilion.
Pua turut menyebut mengenai sukuk RM2.4 bilion yang diambil syarikat pelaburan itu tetapi kemudian mendapati menerusi laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang negara (PAC) bahawa 90% daripada pinjaman itu tidak pernah digunakan dalam pembangunan Bandar Malaysia atau TRX.
Walaupun pembangunan TRX lebih baik, Pua berkata Arul gagal menyatakan 1MDB telah membeli tanah pada harga murah RM65 sekaki persegi dan menjualnya kepada institusi berkaitan kerajaan dengan harga tinggi yang tidak masuk akal.
"Tabung Haji membeli tanah TRX pada 2015 pada harga lebih RM2,700 kaki persegi manakala syarikat lain LTAT, Affin Bank, membeli pada harga lebih RM4,500 kaki persegi.
Tanah 3.4 ekar yang sebelum ini dijual oleh 1MDB kepada pemaju hartanah swasta, Indonesian Mulia Property Development pada harga RM665 juta, Kementerian Kewangan baru-baru ini perlu memperoleh 51 peratus kepentingan dalam projek itu.
Related Posts :
Update APA ITU WALAUN? Makcik Senah is back dgn maklumat baru..Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, sendiri bakar, sendiri report, sendiri masuk lokap! 2 inspektor, 5 anggota polis ditahan kes samun [Video Tak Payah Tunjuk Jaguh! kita Semua Dah Kalah] >> Berita Malay 18Rabu, 22 Mei 2019
Revolusi Anak Muda Malaysia
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, sendiri bakar, sendiri report, sendiri masuk lok… Read More...
Update 'Bakor kereta' 3 anggota Unit Amal direman 4 hari..JAM CUBA DIANIAYA? Baru belajar dari Najib ka! Kemesraan DAP terhadap umat Islam tidak wajar dijadikan isu >> Berita Malay 18
… Read More...
Update 'Bakar kereta' SIAPA BOCORKAN MAKLUMAT SUSPEK! UmnoBN musuh negara & Mengapa nak fitnah, sakit hati sangat kat DAP? Apa lagi kita mahu dari Tun Mahathir? [Video PENYOKONG PENYANGAK SILA LETAK JAWATAN] >> Berita Malay 18Rabu, 22 Mei 2019
#ANTARABANGSA | JAKARTA, Indonesia: Penyokong calon presiden yang tidak berjaya bertempur dengan pasukan keselam… Read More...
Update JENAZAH ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH DIMAKAM ESOK, PAHANG CUTI ESOK BERKABUNG 40 HARI >> Berita Malay 18
Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Sha… Read More...
Update BAKAR KERETA..SIMBAH ASID? Apa helah lagi PAS nak putar belit! Kes bakar kereta mufti: Anggota Unit Amal direman [Vjdeo LAWAN HUJAH DENGAN KEGANASAN BUKAN JIHAD TAPI JAHAT] >> Berita Malay 18Rabu, 22 Mei 2019
Jom Channel
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya berharap orang awam tidak membuat tuduhan sebaran… Read More...