Penyiasat Indonesia dan rakan sejawatan mereka dari AS menghabiskan masa enam jam di kapal layar mewah Equanimity semalam sebelum merampasnya.
Menurut Detik.com, anggota polis Indonesia dan kemungkinan besar empat anggota Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menaiki kapal itu pada kira-kira jam 1.30 tengahari dan hanya beredar pada malamnya.
Laporan itu mengatakan bahawa para penyiasat dilihat membawa kira-kira sedozen beg bimbit dan beg hitam dari situ, tetapi tidak diketahui apa isinya.
Ketika berita ditulis, para pegawai Indonesia berkata mereka telah menahan 34 individu tetapi berkata pemiliknya tidak berada di atas kapal itu.
Pegawai Indonesia juga mendakwa bahawa tindakan menahan Equanimity adalah gerakan bersama atas permintaan rakan sejawatan dari AS.
Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho @ Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mahu merampas kapal itu sebagai sebahagian daripada pelucutanhak aset di bawah anti kleptokrasi.
DOJ mendakwa bahawa Equanimity telah dibeli dengan wang yang digubah yang didakwa diselewengkan dari 1MDB.