Pada Hari Wanita Antarabangsa seorang wanita di New Delhi, Farah Biwi, 25, menerima nasib malang apabila suaminya menyimbah asid ke muka nya ketika sedang tidur kerana berang melahirkan anak perempuan.
Siraj Niwi, 32 terlalu menginginkan zuriat lelaki namun pada kelahiran anak kedua isterinya tetap melahirkan anak perempuan selepas kelahiran anak sulung yang juga perempuan beberapa tahun lalu.
Farah dan Siraj telah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun dan kini memiliki dua orang anak perempuan.
Farah kini masih dalam rawatan berkata suaminya itu marah kerana gagal memberi zuriat lelaki serta masih belum membayar sepenuhnya wang hantaran perkahwinannya.
Siraj telah melarikan diri selepas mencederakan isterinya dan kini diburu oleh polis.
Menurut mangsa, suami dan mentua membencinya kerana mereka menganggap Farah sengaja melahirkan anak perempuan dan sering menderanya sejak setahun lalu.
Suspek turut memaksa isterinya meminta wang daripada keluarga dan akan memukul mangsa sekiranya tidak mahu berbuat demikian.
Farah berkata dia cuba bertahan dengan perkahwinannya kerana memikirkan nasib anak-anak. Sekiranya perkahwinan mereka berakhir bagaimana dengan kehidupan dia dan anak-anak kerana hilang tempat bergantung.
Namun Farah berkata dia tidak menyangka suaminya tergamak menyimbah asid ke mukanya dan dia tidak dapat memaafkan lelaki tersebut. Editor:Anna



Related Posts :
Update Alhamdulillah, Menteri Belia Dan Sukaneka Sudah Pulih Dari Kecederaan Di PRK Semenyih >> Berita Malay 18
Melihatkan daripada gaya Menteri Belia Dan Sukaneka, Syed Saddiq menari sewaktu memyambut Hari Wanita, umum pastinya menarik nafas le… Read More...
Update [Video Penduduk PPR Taman Manggis Naik Penerbangan Business Class] Taktik Tunda Kes: Sampai Bila Najib Nak Lari? >> Berita Malay 18Jumaat, 8 Mac 2019
Taktik Tunda Kes: Sampai Bila Najib Nak Lari?
Seorang netizen hari ini mendedahkan taktik Najib untuk bertahan menghasut… Read More...
Update [Video Isu Hina Nabi] Walaun agak2 le Tahaluf PAS-UMNO berapa tahun pula? Anwar: Tangani Umno-PAS dengan ekonomi, program rakyat. >> Berita Malay 18Sabtu, 9 Mac 2019
PAS tak lama bertahaluf dengan apa jua parti. Ini buktinya..
PAS & BN 1973-1977 - 4 tahun
PAS & HAK 1986 - 1 ta… Read More...
Update [Video Pengundi Muda: Kena Tipu Ke?] Kalau Najib bersalah, KENAPA TIDAK DITANGKAP lagi? LGE lebih sangat simpatinya! Toksah dok berdemo lah..UmnoPas takleh tolong hangpa & Umno-Pas neh pulak, mereka tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR? >> Berita Malay 18Sabtu, 9 Mac 2019
ADA MACAI TANYA, KALAU NAJIB BERSALAH KENAPA TIDAK DITANGKAP?
Jangan terkejut ye, KERANA telah beberapa kali Najib&… Read More...
Update UMNO-PAS tidak suka orang Melayu dapat rumah PPR... >> Berita Malay 18
Ada kira-kira 400 pemohon menunggu untuk mendapat rumah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Pulau Pinang. Majoriti adalah… Read More...