Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd boleh mendapatkan semula A$320,000 (RM970,000) miliknya yang dibeku oleh pihak berkuasa Australia tanpa menanggung kos perundangan yang besar, kata seorang bekas editor hari ini.

Wartawan penyiasat veteran yang juga kolumnis
Malaysiakini, R Nadeswaran berkata ini kerana sistem undang-undang Australia membenarkan kaedah “no win, no fees”.
Wan Ahmad boleh membuat persetujuan dengan mana-mana peguam Australia untuk mengendalikan kesnya.
"Beliau tidak perlu menghabiskan banyak wang kecuali untuk perjalanannya untuk berdepan dengan inkuiri," kata Nadeswaran kepada
Malaysiakini.
Nadeswaran berkata beliau secara peribadi telah menghubungi bekas rakan sekolahnya, kini seorang peguam di Melbourne, yang bersetuju untuk membantu pegawai kanan polis Malaysia itu mendapatkan semula hampir RM1 juta yang dibekukan oleh pihak berkuasa Australia kerana disyaki mempunyai wang yang dicuci atau hasil daripada kegiatan jenayah.
Tawaran Nades (gambar) itu dibuat berikutan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun
dilaporkan berkata semalam bahawa proses itu memerlukan belanja yang besar.
Pada 2 Mac lalu, akhbar Australia
Sydney Morning Herald melaporkan pembekuan akaun Wan Ahmad dengan jumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki mempunyai wang yang dicuci atau hasil daripada kegiatan jenayah.
Namun Fuzi dalam kenyataan pada hari sama berkata isu tersebut timbul pada 2016 dan Wan Najmuddin telah mengemukakan bukti dokumen ketika inkuiri dalaman PDRM yang menunjukkan sumber wang itu sah
Fuzi menjelaskan wang tersebut daripada penjualan rumah di Shah Alam dan untuk menanggung pembelajaran anak Wan Ahmad di negara itu.
Related Posts :
Update Penahanan Puteri Pengasas Huawei: PM Kanada bantah ada motif politik >> Berita Malay 18
07 Desember 2018
Pengarah Kewangan Huawei, Meng Wanzhou. (Foto: EPA)
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau, mene… Read More...
Update PTPTN: PH tidak cerdik, nak ajar yang liat, ZALIMI YANG TAAT >> Berita Malay 18
~ Jika pun mahu mengejar yang liat, tidak sepatutnya menzalimi yang taat. ~
Kecoh betul sejak semalam tentang pengumuman dari PTPTN bahaw… Read More...
Update Umat Melayu Islam sedang terperangkap - Sultan Nazrin >> Berita Malay 18
KUALA LUMPUR: Bangsa Melayu pada ketika ini dilihat semakin lemah lantaran empat punca utama yang mendominasi kehidupan seharian pemimpin… Read More...
Update [Video Tun Dr Mahathir: Pesanan Ringkas Kepada Peserta Perhimpunan Anti-ICERD] PM doakan lancar, elak buat kotor. >> Berita Malay 18Jumaat, 7 Disember 2018
Himpunan Icerd: PM doakan lancar, elak buat kotor
Selepas pihak berkuasa memberikan kebenaran kepada penyokong pe… Read More...
Update Menjelang Anti ICERD Esok, Rakan Menteri Sibuk Memyebarkan Fitnah >> Berita Malay 18
Menjelang perhimpunan anti ICERD esok, RBA giat menjalankan fitnah untuk memburukkan dan mencacatkan tempo perjalanan majlis berkenaa… Read More...