Satu rakaman yang dirakam di dalam sebuah kereta yang berdurasi 1 minit 27 saat menunjukkan satu kemalangan ngeri yang berlaku.
Lokasi kemalangan tersebut tidak dapat dipastikan tetapi kejadian tersebut telah berlaku pada waktu siang.
Menerusi video tersebut, kelihatan jalan yang dilalui oleh pemandu terbabit menjadi sesak daripada kedua-dua arah.
Namun, beberapa saat selepas itu, kelihatan sebuah trak yang laju dan penuh muatan telah merempuh kereta yang berada di hadapan.
Berkemungkinan, sistem brek trak tersebut gagal berfungsi sehinggakan dia tidak dapat memberhentikan trak yang dipandunya itu.
Kereta yang dirempuh kelihatan habis berkecai dan berkemungkinan besar mangsa juga turut digilis dengan trak terbabit.
Turut kelihatan sebuah kereta terbalik di tengah-tengah jalan dan orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit datang membantu mangsa yang mengalami kecederaan. Editor: Iera