Update Wanita Ditembak Dan Dipenggal Kepala Kerana Enggan Melakukan Hubungan Seks >> Berita Malay 18


UKRAINE: Seorang wanita telah ditemui meninggal dunia gara-gara dibunuh dengan kejam di mana kepalanya itu telah dipenggal oleh bekas teman lelakinya di Odessa, Ukraine.

Wanita terbabit dipercayai dibunuh dengan keadaan yang mengerikan itu dikatakan telah menolak permintaan lelaki tersebut untuk mengadakan hubungan seks.

Mangsa yang dikenali sebagai Anna Ergieva, 29, itu bagaimana pun telah ditemui dalam keadaan yang tidak berkepala oleh kedua ibu bapanya di kediamannya sendiri.

Menurut ibu bapanya itu, mereka berdua ada menghubungi mangsa untuk mengetahui keadaannya namun dia langsung tidak menjawab dan oleh kerana bimbang dengan anak mereka itu, mereka bergegas ke tempat kejadian.

Namun, mereka terkejut sebaik sahaja mereka masuk ke dalam rumah terbabit dan menemui mayat anaknya itu dalam keadaan yang menyayat hati.

Berdasarkan laporan, kepala mangsa yang telah dipenggal itu telah ditanam di satu kawasan yang tidak jauh daripada kediamannya di mana kepala terbabit telah diletakkan di dalam satu beg yang turut berisi barang kemas milik mangsa.

“Kami menemuinya tanpa kepala dan berlumuran darah atas lantai rumahnya. Seluruh rumah dipenuhi kesan darah termasuk televisyen. Lebih menyedihkan, polis pada mulanya gagal menemui kepalanya,” kata ibu bapa kepada mangsa.

Hasil siasatan yang telah dibuat, pihak polis telah berjaya menahan seorang chef yang berusia 29 tahun di mana chef tersebut adalah rakan sekelas serta pernah menjadi kekasih kepada mangsa. 

Apabila pihak polis ingin menahannya, lelaki terbabit dikatakan cuba mengelar pergelangan tangannya sendiri tetapi berjaya ditangkap.

Dalam pada masa yang sama, suspek juga turut mengamuk namun akhirnya dia mengaku bahawa dia telah menembak mangsa di bahagian kepala kerana enggan melakukan seks dengannya.

Justeru, dia juga turut bertindak kejam dengan memenggal kepala mangsa kerana dia tidak mahu pihak polis menemui sebarang bukti yang pasti akan berkaitan dengan dirinya. Sumber: Daily Mail, Editor: Sara



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :