SEMUA PUCUK PIMPINAN PKR BERSETUJU MAHADHIR JADI KETUA, TETIBA ANGKATAN MUDA KEADILAN BUAT BANTAHAN.
LAWAK, LAWAK !!!
DARI UGUT PUCUK PIMPINAN PKR, ADALAH LEBIH BAIK PUCUK PIMPINAN KELUARKAN PIMPINAN ANGKATAN MUDA DARI PARTI ITU LEBIH SELAMAT !
AMK NAK MELAWAK TIDAK BERTEMPAT, BUAT LAWAK BODOH ! MENGAPA SEBELUM PARLIMEN BUBAR TAK BUAT BANTAHAN ? HU,HU,HU.
NAK BUAT POLITIK MURAHAN ? KAH, KAH, KAH !!!
MUSLIHAT BODOH LAGI BANGANG, RAKYAT BOLEH BACA !!! BELAJAR POLITIK DENGAN PAN KE ?
-Pak Karamu-
Himpunan bantah Mahathir guna logo PKR
Sebahagian ahli akar umbi PKR yang berhimpun hari ini, mendesak agar Mahathir tidak dibenarkan bertanding guna logo parti itu pada PRU14.
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Sekumpulan ahli PKR berhimpun bagi mendesak pucuk pimpinan tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti itu pada PRU14.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang, Muhamad Faisal Zainal berkata, kumpulan terdiri daripada beberapa cabang peringkat akar umbi turut memberikan tempoh enam hari kepada pemimpin PKR bagi mengkaji semula keputusan itu.
“Seperti diumumkan parti, Mahathir akan menggunakan logo PKR untuk bertanding pada PRU14. Justeru, saya dari Cabang Bukit Gantang mewakili ahli parti peringkat akar umbi menzahirkan rasa kecewa dan membantah perkara berkenaan.
“Kami beri masa enam hari untuk keluarkan nama Mahathir bermula hari ini 21 April (Sabtu) sehingga 26 April. Jika tidak kami telah putuskan beberapa tindakan yang akan kami umumkan kemudian,” katanya ketika berhimpun di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Menurutnya, tindakan membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dianggap bertentangan dengan justifikasi penubuhan awal PKR dan perjuangan parti itu melawan tindakan serta kezaliman Mahathir ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhamad Faisal berkata, keputusan membenarkan Pengerusi Bersatu itu bertanding atas tiket PKR dan mahu melantiknya semula sebagai perdana menteri adalah tindakan tidak berprinsip.
“Kami akui, Malaysia perlukan perubahan dari aspek pentadbiran, namun perubahan itu bukanlah dengan memberikan semula kuasa kepada Mahathir.
“Jadi, pada hari ini, kami mahu tuntut dua perkara iaitu tidak membenarkan Mahathir menggunakan logo PKR dan kedua, pimpinan PKR keluarkan nama Mahathir sebagai calon (atas tiket) PKR,” katanya.
Lebih 20 orang menyertai himpunan berkenaan yang dilihat turut memegang sepanduk tertera kata-kata bantahan agar Mahathir tidak dibenarkan menggunakan logo PKR sebelum memorandum bantahan dan tuntutan itu diserahkan kepada wakil PKR Pusat, Faris Abdullah.