Jenis GST
Terdapat tiga jenis GST yang akan dilaksanakan dengan cara yang berbeza ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu. Ini akan ditunjukkan seperti yang di berikut:
I.GST Berkadar “Standard”
Semua barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan dengan kadar cukai GST yang sebanyak 6%. Cukai GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat rangkaian bekalan. Ini bermakna bahawa terdapatnya cukai input dan cukai output dalam sistem GST Berkadar “Standard”. Selain itu, setiap pihak (kecuali pengguna akhir) dalam rangkaian bekalan boleh menuntut semula cukai input mereka (GST) dan ini akan mengelakkan pertindihan dalam cukai. Walau bagaimanpun, pengguna akhir adalah tidak dibenarkan untuk menuntut semula GST. Oleh itu, pengguna akhir perlulah menanggung seluruh bebanan cukai. Contoh barangan dalam kategori ini ialah baju, kereta, dan buah-buahan. Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar “Standard” dilaksanakan:
Ahmad Maslan di RTM1: Harga barang boleh turun kerana GST. Saya nak cakap sekali lagi...harga barang boleh diturunkan kerana GST!
Adakah ini 'fake news'?
Melalui GST, kerajaan BN berjaya mengutip RM 27,000,000,000 (27 bilion) pada tahun 2015, RM 39,000,000,000 (39 bilion) pada tahun 2016 dan mengutip RM 44,000,000,000 (47 bilion) pada tahun 2017. Di manakah duit tersebut digunakan? Rakyat kita masih hidup dalam keadaan terdesak.
Sebelum ini, Menteri UMNO, Datuk Ahmad Maslan menjanjikan bahawa kononnya harga barangan akan turun kerana GST, terbukti kini sama sekali tidak.
Pakatan Harapan akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari
Kami percaya GST merupakan satu bentuk cukai yang membebankan rakyat dimana rakyat yang berpendapatan rendah sepatutnya dibantu, bukannya ditekan dan ditindas.
GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) merupakan satu cukai regresif yang memaksa rakyat termiskin untuk membayarnya dan ini adalah akibat daripada kegagalan UMNO dan Barisan Nasional untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik.
Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari dengan menggantikan GST yang zalim ini dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang lebih adil dan tidak menyusahkan rakyat.