Update Doktor salah bedah pesakit yang tak sakit >> Berita Malay 18

28/4/18

https: img-k.okeinfo.net content 2018 04 25 18 1891387 dokter-di-india-salah-mengoperasi-pasien-setelah-mengiranya-sebagai-orang-lain-mWTi2Sfv1s.jpg 
 Foto: Reuters.



NEW DELHI – Seorang doktor bedah telah mengundurkan diri dari posisinya di sebuah rumah sakit di New Delhi kerana melakukan pembedahan  pada kaki seorang pesakit  yang tidak sakit setelah tertukar dengan pesakit lain. Doktor itu tebuk lubang di kaki kanan seorang pesakit berusia 50 tahun, Vijendra Tyagi, untuk memasukkan pin sebelum menyedari dia membedah salah orang.
 
Tyagi dibawa ke Rumah Sakit Pemerintah, Pusat Trauma Sushruta di New Delhi kerana cedera di kepala yang dialaminya dalam kecelakaan. Tetapi dia salah dikenali sebagai pesakit lain yang menderita patah kaki, dan menjalani pembedahan untuk memperbaiki patah tulang yang tidak dia alami.

Pengawas di rumah sakit, Ajay Bahl mengatakan kepada AFP bahwa pesakit tersebut di bawah pengaruh anestesi dan tidak dapat memberitahu mengenai kesalahan tersebut.

Doktor yang namanya tidak disebutkan, telah dipecat dari jabatannya di rumah sakit kerana kelalaiannya dan ditempatkan di fasiliti terpisah di bawah pengawasan ketat seorang doktor senior.
"Doktor bedah itu menyedari kesalahannya dan melepas pin dalam pembedahan perbaikan. Dia juga meminta maaf atas kesalahan itu tetapi kami mengambil pengecualian kuat dan mengambil tindakan terhadapnya, " kata Bahl sebagaimana dilansir AFP, Rabu (25/4/2018). 

Menurut keterangan doktor, Tyagi dipulangkan dari rumah sakit pada akhir minggu tetapi akan memerlukan satu minggu untuk benar-benar pulih dari operasi kaki yang tidak perlu. 

Laporan kelalaian perubatan, yang seringkali mengakibatkan kematian, terjadi secara luas di India.
Minggu lalu dua doktor ditangkap kerana kelalaian setelah dituduh gagal mendiagnosis seorang fisioterapis berusia 51 tahun yang mengaku menderita tekanan darah tinggi. Dia mengalami serangan jantung dan meninggal.

Seminggu sebelum insiden itu, seorang wanita berusia 30 tahun salah menjalani dialisis di Lembaga Ilmu Kesihatan India setelah mengeluh sakit perut ringan. Doktor mencuba mengutak-atik dokumen untuk menutupi kesalahan itu. 

Pada Disember sebuah rumah sakit di New Delhi salah mendiagnosis menyatakan sepasang kembar prematur meninggal meski salah satunya masih hidup. Insiden ini menyebabkan kemarahan publik dan memaksa pemerintah untuk menutup   lembaga itu. Bayi itu meninggal di rumah sakit lain beberapa hari kemudian.

Subscribe to receive free email updates: