Update Hari Mengundi Hari Rabu, Kenapa Pembangkang Menyalak? >> Berita Malay 18



Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini telah menetapkan 28/04/2018 sebagai Hari Penamaan Calon dan 09/05/2018 sebagai Hari Mengundi. Kebanyakan pembangkang menyalahkan SPR kerana menetapkan hari Rabu, hari bekerja sebagai Hari Mengundi. Kononnya, ini adalah Barisan Nasional (BN) untuk pastikan pengundi luar tidak balik mengundi. 

Alasan bodoh ini disuarakan oleh calon PKR Parlimen Muar, Syed Saddiq Palladium. Apa yang bodohnya Syed Saddiq? Kau ingat BN tak ada pengundi luar? Kau ingat pengundi BN semua tidak bekerja? Macam mana orang seperti ini boleh jadi calon di Muar?

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan juga menyuarakan perkara yang sama di dalam Sidang Media hari ini. Sepatutnya Tun Dr Mahathir tidak boleh cakap apa mengundi waktu bekerja ni. Sebab zaman beliau paling banyak mengundi waktu hari bekerja (weekdays). Kalau Tun Dr Mahathir pertikaikan juga, mungkin beliau sudah lupa beliau melakukan perkara yang sama.

Kalau semua orang tukar tempat mengundi ke tempat bermastautin / tinggal, tidak adalah isu. Ini tidak sesudah undi, kau balik, kau biar orang kampung menghadap Wakil Rakyat yang kau pilih untuk 5 tahun. Bercakap soal keadilan, kau sendiri tak berlaku adil. Pembangkang pun satu, cakap seperti babipun boleh terbang. Ambil cuti hendak pergi 'vacation' boleh. Nak ambil cuti hendak mengundi, banyak pulak songeh. Nak Selamatkan Negara konon.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :