Bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu lebih terbuka dan profesional menerima sebarang berita yang tersebar.
Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Dato' Sri Ismail Mohamed Said juga percaya, bekas pelatih program berkenaan juga berfikiran kritis dan menolak berita tidak benar yang boleh mengganggu-gugat perpaduan.
“Segala berita yang diterima perlu ditapis serta diteliti terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan perpaduan dan kesepaduan golongan belia," katanya ketika berucap pada perhimpunan Program Reunion BSKN Parlimen Kuala Krau di Balora Mastika di sini, semalam.
Beliau berkata, bekas pelatih yang juga golongan belia akan mendepani negara dalam tempoh 50 tahun akan datang.
"Justeru, negara terletak pada bahu serta tanggung jawab generasi muda masa kini. Maka menjadi kewajipan setiap orang muda memastikan hala tuju mereka lancar,” tegasnya.
Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau, Dato' Wan Salman Wan Ismail dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Krau, Mohd Fadzlie Mubin.
Sempena program tersebut pelbagai acara diadakan termasuk persembahan nyanyian dan tayangan aktiviti PLKN.
Dalam ucapan sama, Ismail mahu golongan belia terus menghormati pemimpin, undang-undang negara dan mempraktikkan ilmu serta kemahiran yang dipelajari di PLKN.
"Semua itu penting kerana merekalah barisan masa depan yang bakal membentuk negara maju dan berdaulat," katanya.
Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 200 bekas pelatih PLKN.
Related Posts :
Update Dr M: Hukuman mati Sirul mungkin ditukar hukuman penjara >> Berita Malay 18
Perdana menteri berkata, kerajaan mungkin meringankan hukuman mati ke atas bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan b… Read More...
Update [Video Tahniah UM, Universiti ke-87 terbaik di dunia & Guru tidak perlu lagi buat audit, siapkan dokumen] Siapa dinamakan dalam laporan polis di UK? Ini senarai Justo. >> Berita Malay 18Khamis, 7 Jun 2018
Siapa dinamakan dalam laporan polis di UK? Ini senarai Justo
Bekas eksekutif Petrosaudi International Xavier Justo … Read More...
Update Pasai apa Zahid mai jumpa Dr.M... >> Berita Malay 18
Minta otograf kot...
Pagi tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Pemangku Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi Perdana… Read More...
Update [Video Butul ka, Dr Zambry, Bekas MB Perak, Enggan Keluar Dari Kediaman Rasmi?] Mengapa dia di benarkan duduk dalam rumah itu? Dia bukan MB lagi...malulah woii! Najib perlu bimbang, Jho Low sudah mahu buka mulut. >> Berita Malay 18Khamis, 7 Jun 2018
Perak di Era UmnoBN!
Jika AMNO berkuasa lagi, negara akan digadai sampai bila-bila.
Najib perlu bimbang, Jho Low sudah… Read More...
Update [Video PROJEK SALURAN PAIP MALAYSIA-CHINA BOCOR?] APAKAH RoS SEKARANG LEBIH TELUS, daripada RoS sebelum ini? Kenapa RoS masih takut haramkan Umno dah langgar perlembagaan parti? Atau RoS dulu & RoS kini SAME aje Yoep! >> Berita Malay 18Khamis, 7 jun 2018
APAKAH ROS SEKARANG LEBIH TELUS DARI DARI ROS SEBELUM INI?
Ketua Pengarah sudah bertukar ganti..
Jika tidak ad… Read More...