Update Kalau Mohd Amar Jadi Perdana Menteri, Kaum Ibu Tidak Perlu Kerja, Cuti Buat Anak Saja >> Berita Malay 18


Banyak janji-janji tidak masuk akal ditaburkan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Yang terbaru, Naib Presiden PAS, Mohd Amar berjanji akan memberikan cuti bersalin selama dua tahun sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri.

Mungkin beliau sedar beliau tidak mungkin menjadi Perdana Menteri dan sebab itulah beliau merepek berjanji bulan dan bintang. Kenapa janji ini tidak logik dan langsung tidak produktif?

Anak baru belajar meniarap.
Si ibu mengandung lagi.
Anak umur 18 bulan,  si ibu bersalin lagi.
Sambung lagi cuti 2 tahun.

Anak nombor dua berumur 18 bulan.
Si ibu bersalin lagi.
Sambung lagi cuti 2 tahun.
Cuti tak sempat nak habis.
Si ibu bersalin lagi.

Itu baru seorang ibu yang bekerja. Bayangkan kalau ramai ibu-ibu yang produktif. Cuba bayangkan pula kalau si ibu terdiri dari pemegang jawatan yang penting seperti jururawat dan doktor. Siapa pula yang hendak menyambut kelahiran bayi?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :