Update MCA Lakukan Transformasi Dengan Meletakkan Calon Muda Pada PRU-14 >> Berita Malay 18


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, berkata Barisan Nasional (BN) memasuki Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei ini, bukan untuk menjadi pembangkang sebaliknya mahu menubuhkan kerajaan negeri di Selangor. Beliau berkata MCA tidak mahu menjadi penumpang dalam kempen BN menawan semula Selangor. Beliau berkata selepas pengumuman senarai calon BN Selangor untuk PRU-14 di Pejabat UMNO Selangor, di Shah Alam, semalam.
Bila kita bertanding, kita nak jadi kerajaan negeri. Kita bertanding bukan nak jadi pembangkang. Kita kena pastikan kita menang menjadi kerajaan negeri dan MCA tidak akan menjadi penumpang. Kita akan menangkan kerusi dan yang paling penting, undi masyarakat Cina, kita nak tarik balik kepada BN. Kita letak calon yang boleh menang, yang digemari, disukai penduduk, orang ramai. Senarai calon dipilih sejak dua tahun lalu dan ia dikekalkan.
DS Liow turut mengakui peluang calon MCA lebih cerah kali ini kerana mereka sudah mula bekerja selepas tersenarai sejak dua tahun lalu. Apa yang penting, katanya, MCA dapat mencari ahli dan membawa mereka kembali ke pangkuan parti itu dalam usaha untuk memenangkan BN kali ini.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri pimpinan PKR sebelum ini juga mempunyai banyak isu termasuk membabitkan air, sampah dan tanah ekoran kegagalan mereka melaksanakan janji dan akujanji mereka pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Justeru, katanya, pengundi di Selangor perlu memberi peluang kepada BN supaya kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat selari supaya projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.

Ini kerana, apabila pentadbiran negeri diserahkan kepada parti pembangkang, Rakyat yang akan rugi kerana pembangunan di negeri itu tidak dapat diselaraskan dan akhirnya terbantut berbanding di negeri lain.

DS Liow yang juga Pengerusi MCA Selangor, berkata parti itu meletakkan calon paling muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, berikutan MCA kawasan itu bersetuju sudah tiba membawa orang muda pulang ke kawasan itu. Beliau berkata,
Lee dari Sekinchan, adalah seorang arkitek. Bapanya ahli veteran MCA. Apabila berbincang dengan jawatankuasa MCA, mereka setuju kena bawa balik ke kampung. Bila tengok ramai orang muda keluar dari Sekinchan, mereka merasakan sudah tiba masanya untuk kita bawa orang muda balik. Saya dapati beliau adalah seorang yang berminat dalam politik, seorang profesional dan juga dia digemari, 'likeable' dan mudah didekati serta mendapat tarikan besar dalam kalangan pengundi.
Dia lebih popular daripada penyandang, Ng Suee Lim kerana Suee Lim sudah lama di sana dan banyak janjinya yang tidak ditunaikan. Kita tahu Suee Lim lebih banyak retorik dan berpolitik daripada berkhidmat kepada rakyat serta kami minta pengundi Sekinchan beri peluang kepada pemuda ini.


Subscribe to receive free email updates: