Guan Eng mendakwa kononnya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru diluluskan adalah suatu bentuk “aparteid” pilihanraya.
Beliau juga mendakwa persempadanan semula ini 'mengejutkan" dan ia akan 'mewujudkan lebih banyak perkumpulan etnik yang terpisah dan berlawanan antara satu sama lain'.
Pertama, dimanakah nilai beliau untuk bercakap tentang 'etnik yang terpisah' apabila kesemua calon Melayu telah kalah teruk semasa pemilihan ahli jawatankuasa DAP sebelum ini?
Malah, ada calon Melayu malu besar kerana mendapat undi lebih rendah daripada calon yang sudah meninggal dunia.
Kedua, Guan Eng DAP jelas tidak faham maksud perkataan 'apartheid'.
Apartheid adalah ideologi sosial yang dikembangkan di Afrika Selatan selama abad ke-20 di mana golongan minoriti kulit putih telah mengenakan pelbagai batasan dan penganiayaan pada golongan majoriti kulit hitam.
Golongan kulit hitam telah hilang segala hak mereka sebagai rakyat Afrika Selatan sehinggakan pergerakan mereka di dalam negara sendiri turut dikekang oleh ideologi yang tidak berperikemanusiaan itu.
Segalanya itu tidak pernah terjadi di Malaysia kecuali dalam tempoh darurat disebabkan ancaman komunis dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang disebabkan oleh parti DAP. Itu pun tidak melibatkan hak asas rakyat Malaysia.
Dan pada pilihanraya umum nanti, rakyat Malaysia tetap bebas mengundi tanpa sekatan.
Ketiga, adalah tanggungjawab setiap ahli parlimen dan ahli dewan undangan yang dipilih untuk memastikan tiada kaum yang dipinggirkan di kawasan masing-masing.
Kita juga tersenyum sinis apabila pembangkang kecoh dengan persempadanan semula padahal majoriti daripada mereka tidak pun berkhidmat secara konsisten di kawasan masing-masing.
Dan sekarang, puak pembangkang terutamanya DAP, sudah merancang untuk lari ke kawasan lain kerana mereka tahu mereka gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
Guan Eng juga bercakap tentang 'asas nilai bersama seperti keadilan, layanan adil, pemerintahan berundang-undang, kebebasan dan demokrasi'.
Hakikatnya, DAP sendiri tidak mengamalkan demokrasi apabila jawatan tertinggi DAP tidak ditentukan oleh ahli-ahli parti akar umbi.
Tiada kebebasan suara apabila ADUN-ADUN Pakatan Harapan dianaktirikan kerana menyuarakan pandangan atau mengkritik kerajaan DAP.
Lim Kit Siang sendiri tidak patuh kepada Peraturan Mesyuarat 44(3) kerana ingkar dengan arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Kepada Lim Guan Eng .... cerminlah diri sendiri dahulu dan jangan ambil sebahagin sahaja daripada maksud besar apartheid.
Sumber
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/31/guan-eng-anggap-persempadanan-semula-aparteid-pilihan-raya/
http://www.african-union.org/apa-itu-apartheid-di-afrika-selatan/