Update Mohd Amar tawar cuti bersalin dua tahun jika jadi PM. Tudia ! >> Berita Malay 18

23/4/18
Mohd Amar
Mohd Amar
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Cuti bersalin selama dua tahun, itu tawaran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah jika Pas diberi mandat mentadbir negara ini dan beliau diangkat menjadi perdana menteri.

Tawaran tersebut dinyatakan beliau semasa menyampaikan ucapan penerangan mengenai manifesto Pas Kelantan PRU14 di hadapan lebih 1,000 hadirin di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, walaupun diberikan cuti bersalin selama dua tahun, gaji hanya diberikan untuk tiga bulan pertama sahaja.

 “Jika Pas menang dan saya jadi perdana menteri, saya akan beri cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun,” katanya.
Sinar

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :