Tertarik dengan surat terbuka TS Rafidah Aziz kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang tular di media-media sosial. Di atas adalah petikan daripada surat berkenaan yang terletak di permulaan surat. Permulaan bicara surat terbuka pun sudah tidak betul. Bagaimana kita hendak mengambil berat lain-lain dakwaan beliau. Berikut adalah fakta-faktanya:
Bubar Parlimen 13/02/2008
Tarikh Mengundi : 08/03/2008
Kabinet Dibentuk: 19/03/2008
TS Rafidah Aziz tidak berada di dalam kabinet yang dibentuk pada 19/03/2018. Beliau telah digugurkan walaupun menang di Parlimen Kuala Kangsar.
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) 2008 adalah TS Muhyiddin Yassin. Oleh yang demikian, dari mana datangnya ayat "Saya ingin merujuk kepada satu Mesyuarat Kabinet pada penghujung 2008" dan "Saya agak ragu dan telah BERTANYA kepada Dato' Sri dalam mesyuarat tersebut". Adakah ayat ini benar atau sekadar rekaan?
Kadang-kadang apabila ada agenda hendak menipu dan memfitnah, kebatilan akan terbongkar tanpa disedari. Bagaimana kita hendak tahu apa yang ada dalam surat terbuka itu satu fakta atau sekadar dongeng fitnah, sekiranya diri sendiri terlupa sama ada berada di dalam kabinet atau tidak. Sudah-sudahlah Makcik.