Polis mengesahkan seorang ketua bahagian Umno di Kuala Lumpur ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di ibu negara.
Lelaki, yang namanya tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara mendapatkan ulasannya itu, didapati positif amphetamine dan methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Shaharudin Abdullah berkata, dalam serbuan itu, pemimpin itu bersama sekumpulan rakannya turut ditahan atas kesalahan yang sama.
Ditahan dalam bilik sekitar sepuluh orang. Semua ditahan, semua positif (amphetamine dan methamphetamine).
"Kita ambil ujian, hasilnya positif dan kita tahan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Serbuan dijalankan jam 2 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur susulan maklumat mengenai aktiviti hiburan tanpa lesen.
Pemimpin politik itu turut menganggotai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu didapati positif dadah kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, untuk tindakan lanjut.
Shaharudin turut berkata, pemimpin politik itu telah pun diikat jamin jam 4 petang tadi.
Manakala ujian air kencingnya dihantar ke makmal kimia untuk dianalisis bagi tindakan selanjutnya.
Shaharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Related Posts :
Update [Video TAHANAN SPRM & Penampilan Beberapa Pertuduhan Terbaharu Terhadap Najib] Polis serbu rumah ibu Najib tindakan KEJAM? MASIH INGAT lagi! Dilaporkan Yayasan Tun Rahah menerima RM17 juta daripada Najib yang didakwa daripada dana 1MDB. >> Berita Malay 18 Sabtu, 22 September 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 25 min ·
Pihak Polis hanya menggeled… Read More...
Update [Video WOO JIN YOUNG(우진영), KIM HYUN SOO(김현수) _ Falling in love(설레고 난리)] Penyanyi Korea letak muka badut Najib dlm video nya & Kerusi terbang di PKR Pulau Pinang (video). >> Berita Malay 18Ahad, 23 September 2018
Kerusi terbang di PKR Pulau Pinang
Pergaduhan tercetus di kalangan anggota PKR di Seberang Jaya, Pulau Pinang… Read More...
Update [Video Sistem E-VOTING: Pdg Serai kecoh, ahli berang & Cabang Permatang Pauh tergendala] Huiss, Penyanyi Korea ni main hentam jer letak muka badut Najib dlm video nya. >> Berita Malay 18Sabtu, 22 September 2018
… Read More...
Update 'Mazlan Aliman bakal terajui agensi Kementerian Pertanian' >> Berita Malay 18'Mazlan Aliman bakal terajui agensi Kementerian Pertanian': Namanya sudah dikemukakan kepada perdana menteri, kata Salahuddin Ayub.
… Read More...
Update Petang Dan Malam Asyik Bergaduh, Hebat Betul Pemilihan PKR >> Berita Malay 18
Kekecohan tercetus antara barisan calon dan ahli PKR pada sidang media Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR di Safira Country Club,… Read More...