MUKADIMAH: Keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) untuk tujuan melaporkan pencapaian, perkembangan serta kejayaan murid dalam pelbagai bidang secara holistik, menyeluruh dan bermakna dilihat sebagai kematangan dalam menilai, meneliti dan melaporkan pencapaian serta perkembangan murid di peringkat sekolah rendah.
Bentuk pelaporan sebegini sebenarnya telah lama ditunggu oleh warga pendidik, ahli akademik malah oleh ibu bapa murid kerana PPSR dilihat tidak hanya menumpukan kepada laporan keputusan akademik semata-mata tetapi juga profil murid dari segi kecerdasan semulajadi dan aptitud, tahap penguasaan dalam mata pelajaran di sekolah, kecergasan, tahap kesihatan dan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah.
Wartawan Utusan Malaysia mendapatkan pandangan pendidik berpengalaman , DR. JAIN CHEE mengenai PPSR dan kepentingannya diperkenal untuk keperluan generasi akan datang.
KEPUTUSAN Kementerian Pendidikan memperkenal Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) didorong oleh proses kemenjadian murid boleh berlaku melalui aktiviti pembelajaran dalam pelbagai bidang seperti pada kerangka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan seiring hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Dr. Jain Chee, PPSR diterjemahkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan memperlihatkan enam ciri murid yang menjadi aspirasi negara iaitu murid berpengetahuan, berkemahiran berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan berkerohanian, serta mempunyai identiti nasional.
“Seiring dengan pelaksanaan PPSR, satu langkah drastik diambil oleh Kementerian Pendidikan iaitu mengarahkan pengasingan kelas mengikut tahap pencapaian akademik murid dihentikan atau dimansuhkan mulai 2019.
“Langkah ini dilihat sangat relevan kerana tokoh dan ahli akademik berpendapat pengasingan murid mengikut tahap pencapaian akademik merupakan amalan yang bersifat diskriminasi dan mendatangkan kesan negatif,” katanya yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.
Perkara itu katanya lagi, disokong dengan hujah psikologi di mana pengasingan kelas mengikut tahap pencapaian akademik boleh menyebabkan murid yang berada dalam kelas ‘belakang’ berasa rendah diri, dipinggirkan dan kurang dihargai.
Pengasingan murid mengikut tahap pencapaian akademik yang berterusan tidak bersesuaian dengan prinsip pendidikan holistik yang menjadi teras kepada pendidikan negara dan pemansuhannya banyak memberi faedah antaranya persaingan sihat dalam pelbagai bidang dalam kalangan murid dari pelbagai tahap akademik, potensi, keupayaan, kecergasan dan kebolehan.
Dr. Jain mengambil contoh kelas prasekolah, di mana pada awal tahun tiada ujian kemasukan bagi menempatkan murid di dalam kelas cerdik, sederhana dan lemah, namun pada hujung tahun guru prasekolah dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran membaca, menulis, awal matematik dan memiliki nilai-nilai murni serta sahsiah baik.
Bagaimanapun terdapat beberapa isu berkaitan pemansuhan pengasingan kelas yang disuarakan oleh guru dan orang ramai perlu diberi perhatian, seterusnya mengurangkan rungutan sekali gus dapat memantap dan melancarkan prinsip pendidikan holistik yang dicanangkan.
Sumber: Utusan Malaysia

loading...