Projek pengangkutan seperti Central Spine Road dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan membawa pembangunan ekonomi kepada Bentong dan keseluruhan Pantai Timur. Kerjasama dan semangat bersatu-padu rakyat akan pastikan kestabilan dan pembangunan Bentong.
Calon Barisan Nasional (BN) Bentong, DS Liow Tiong Lai berkata, selain kelebihan terletak berhampiran Ibu Negara, pelbagai usaha berterusan oleh kerajaan bakal merealisasikan hasrat menjadikan daerah berkenaan sebagai Bandar Satelit.
Menurut DS Liow, Dengan adanya sokongan Perdana Menteri, Bentong dapat laksanakan impian untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Bentong ke Kuantan dan juga Kuala Lumpur sekali gus melonjakkan kemajuan Bentong.
Beliau menambah selain kedudukan yang strategik, Bentong juga mempunyai tanah yang subur dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Tambahnya, kehidupan masyarakat berbilang kaum yang aman dan harmoni sejak sekian lama menjadikan daerah itu amat sesuai didiami.