Mat Sabu (tengah) bersama calon-calon Harapan ketika tiba di pusat penamaan calon pagi tadi.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu mengakui pencabar sebenar yang mahu ditumbangkannya pada PRU14 kali ini adalah calon BN bukannya calon dari Pas.
Beliau yang mewakili Pakatan Harapan (Harapan) bagi Parlimen Kota Raja berkata, pihaknya bertekad mahu menumbangkan calon BN, V Gunalan kali ini.
"Kedua-dua calon dari BN dan Pas kali ini saya akui tidak mencabar kerana mereka saling bekerjasama.
"Namun sasaran saya tetap calon BN, jadi lawan yang betul saya mahu lawan adalah BN bukannya Pas," katanya kepada Pemberita sebaik selesai proses penamaan calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Seksyen 34, di sini sebentar tadi.
Parlimen Kota Raja pada PRU14 kali ini akan memperlihatkan pertandingan tiga penjuru, yang mana Mat Sabu akan berdepan dengan Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun (Pas) dan Ketua MIC Bahagian Sepang, V Gunalan (BN).
Pada masa sama, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, pertandingan tiga penjuru di kerusi Parlimen kali ini akan memudahkan beliau mencapai kemenangan.
"Tambahan lagi Harapan disokong oleh semua kaum, ia satu kelebihan termasuk Kota Raja ini adalah kerusi campuran yang ketara, bukan majoriti sesuatu kaum.
"Saya yakin saya akan menang bergaya, tiada masalah meskipun saya bukan calon anak tempatan," katanya.
Related Posts :
Update Guan Eng patut ikut Hasnul BERANI Letak Jawatan >> Berita Malay 18
ANDA KEJAM TERHADAP HASNUL
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Anda sudah teruk menghentam beliau kes kepit piala dan aksi syok sendiri dengan pia… Read More...
Update [Video Tun M: SPRM kena jelaskan isu Musa Aman, bukan Gani & Nazri 'Berang' Musa Aman Petik Namanya] JHO LOW SUDAH TIADA PASPORT, Jho Low mempunyai dua pasport satu dikeluarkan oleh Malaysia dan satu lagi oleh St. Kitts and Nevis! Ho, ho, hoo, MAKIN CEMASKAH NAJIB DAN ROSMAH? >> Berita Malay 18Jumaat, 9 November 2018
JHO LOW SUDAH TIADA PASPORT, MAKIN CEMASKAH NAJIB DAN ROSMAH?
Sebuah negara kecil di Kepulauan Caribbean, St. K… Read More...
Update [Video 10 Gambar Kemewahan Equanimity Milik Jho Low Yang Dirampas] Apakah nasib UTUSAN, nasib UMNO & nasib JHO LOW 2019? >> Berita Malay 18Jumaat, 9 November 2018
Altered states: The many possible faces of Jho Low
The Straits Times
Tumpang sekole.
Nasib Utusan Meloya sama&nb… Read More...
Update [Video Farid Kamil: Kerajaan UmnoBN Cuba Rasuah Saya RM 5 Juta Untuk Maafkan Najib & Rosmah] Ayuh, cuba lagi Najib selagi berkesempatan sebelum anda berjaya ke Sungai Buloh! Presiden Pafa letak jawatan. >> Berita Malay 18Jumaat, 9 November 2018
Cuba lagi Najib selagi berkesempatan sebelum anda berjaya ke Sungai Buloh nanti..
Suara Rakyat
Presiden Pafa letak… Read More...
Update Kak Limah Ampang dah konfius... >> Berita Malay 18
Hari tu kata Anwar tak patut bertanding kat PD.
La ni Kak Limah dan kadamnya persoal pasai apa Kak Wan lawat Julau?
Kata kadamnya Kak Wan… Read More...