Sudah 13 kali Pilihan Raya Umum (PRUl) dilaksanakan di Malaysia. Dari 13 kali PRU yang diadakan, PRU tahun 1959, 1964 dan 1969 Perikatan bertanding menggunakan logo Kapal Layar.
Selepas itu pada tahun 1974, Perikatan diberikan imej baru dan Barisan Nasional (BN) dibentuk secara rasmi. Ini bermakna sudah 10 kali PRU, BN bertanding menggunakan lambang Dacing.
Ironinya, sekarang baru pembangkang hendak persoalkan mengenai lambang Dacing. Tidak ke gila? Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung BN, DS Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan)
KENYATAAN MEDIA
Isu pertikaian berkenaan warna dan lambang Barisan Nasional telah menular sejak beberapa hari di media sosial.
Hal ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi yang pada hemat saya tidak sepatutnya berlaku kerana :-
Mengikut perlembagaan Barisan Nasional yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 20 November 2010, fasal 16 Perlembagaan Barisan Nasional menyatakan seperti berikut:
“ FASAL 16. LAMBANG – Lambang, Lencana dan Bendera Barisan Nasional adalah dacing yang bewarna putih dan berlatar-belakangkan warna nilakandi. Walaubagaimanapun, Parti Anggota bolehlah menggunakan lambang, lencana dan bendera masing-masing jika difikirkan perlu.
2. Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan secara disjuntif bahawa bendera, simbol, lambang, lencana atau apa-apa insignia yang telah diluluskan boleh digunapakai untuk tujuan pilihan raya. Barisan Nasional telahpun mendapat kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah pindaan perlembagaan dibuat pada tahun 2010.
Justeru itu, tidak timbul isu Barisan Nasional tidak boleh menggunakan lambang dacing yang bewarna putih dan berlatar-belakangkan warna nilakandi.
Para penyokong Barisan Nasional adalah disarankan untuk kekal komited, fokus dan bekerja keras bagi memasitikan kemenangan besar Barisan Nasional pada pilihan raya ini.
Sekian Terima Kasih
Tengku Adnan Tengku MansorMengenai penularan di media-media sosial yang membuat dakwaan UMNO akan diharamkan, ini kenyataan dari Ku Nan,
18 APRIL 2018
Saya sedar bahawa penularan mesej yang mendakwa UMNO haram ini telah menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi. Namun pada hemat saya akar umbi UMNO tidak sepatutnya merasa risau dan gelisah kerana dakwaan tersebut tidak benar
Ini adalah kerana Pendattar Pertubuhan (ROS) telah diberi kuasa di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kuasa tambahan (residual powers) di bawah Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966, yang memberi kuasa untuk ROS membenarkan perlanjutan masa kepada UMNO untuk mengadakan pemilihan di peringkat Majls Tertinggi UMNO bagi tahun 2017 sehingga April 2018.
Kebenaran yang dibuat oleh ROS itu berdasarkan kuasa tambahan yang diperuntukkan kepada Pendaftar Pertubuhan yang telah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.
UMNO juga telah menerima surat rasmi Pendaftar Pertubuhan Malaysia bertarikh 31 0ktober 2017 dialamatkan kepada pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang membenarkan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019.