Pagi ini, kumpulan pertama pemandu teksi hadir untuk menerima kad Bantuan Teksi 1Malaysia (BT1M). Terima kasih kepada semua pemandu teksi yang bersabar menunggu giliran. Kita masyarakat Malaysia yang kaya dengan budaya adab sopan dan berbudi bahasa. Tidak perlu merusuh dan berebut untuk mendapatkan kad berkenaan.
Bagi pemandu-pemandu teksi yang lain yang tidan berkesempatan untuk hadir, anda boleh mengambil kad BT1M ini hingga 4.30 petang di lokasi tertentu. Tarikh terakhir untuk kutipan kad ini ialah pd 16/07/2018. Manakala bagi cawangan SPAD di Melaka, UTC Ipoh, UTC Alor Setar, UTC Kota Bahru dan UTC Kuantan, kad tersebut boleh diperolehi bermula dari Selasa 17/04/2018 sehingga 16/07/2018. Bagi para pemandu di Sabah dan Sarawak, mereka boleh mendapati kad BT1M daripada LPKP Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Tarikh akan dimaklumkan oleh pejabat LPKP Sabah dan Sarawak.
Kejadian rempuhan yang berlaku pada majlis penyerahan kad BT1M pada 13/04/2018 tempoh hari sewajarnya dijadikan pengajaran. Syabas kepada anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan pada hari berkenaan. Ucapan terima kasih juga buat 12,000 pemandu teksi telah hadir dan sebahagian besar pemandu-pemandu teksi tersebut telah memberikan kerjasama ketika beratur untuk mengambil kad tersebut.
Namun, CTS amat tertarik dengan komen yang dibuat oleh beberapa pemandu teksi yang hadir pada majlis berkenaan. Antaranya adalah Azahari Mohd Ali, pemandu teksi dari Seri Iskandar Bota Perak. Katanya,