Roshila Murni Rosli
14 April 2018
Tun Mahathir
(Ubah saiz teks)
BUKIT KAYU HITAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup perniagaannya baru-baru ini.
Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berkaitan laporan kedai roti berkenaan menutup perniagaannya selepas beroperasi selama 12 tahun.
Katanya, setakat ini beliau hanya mempunyai 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
"Saham terbabit dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri sebelum ini,"katanya, ketika ditemui selepas ceramah Selamatkan Felda! Selamatkan Malaysia di Felda Bukit Tangga, di sini malam tadi.
Sebelum ini, satu notis penutupan The Loaf yang mempunyai 12 cawangan itu dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.
Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.
Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun.
Sinar
Related Posts :
Update KUD @ BERA 2018 PADAT AKTIVITI >> Berita Malay 18
Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Bera 2018 akan berlangsung selama empat hari bermula semalam penuh dengan pelbagai aktiviti serta acar… Read More...
Update Terkini - Lembu-Lembu Berkumpul Di Sogo >> Berita Malay 18
Lembu-lembu didapati berhimpun di jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga memaksa unit Light Strike Force (LSF), PDRM untuk menutup jala… Read More...
Update KUD @ BERA 2018 PADAT AKTIVITI >> Berita Malay 18
Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Bera 2018 akan berlangsung selama empat hari bermula semalam penuh dengan pelbagai aktiviti serta acar… Read More...
Update [Video Dr M 'gempur' Felda lagi, ribuan warga Felda, Bukit Kayu Hitam hadir] Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
Yumpang sekole.
Guna logo AMANAH di Sabah, logo PKR di Sarawak
Calon Amanah akan menggunakan logo parti itu untu… Read More...
Update [Video Zahid MA, Menggegar di Felda Bukit Kayu Hitam-Bangkitlah Rakyat Malaysia] Apa lagi Kommunis China mau? Fitnah hapus hak Melayu, menteri ‘telur penyu’ patut ditangkap sebar berita palsu. >> Berita Malay 18Sabtu, 14 April 2018
Apa lagi Kommunis China mau?
Fitnah hapus hak Melayu, menteri ‘telur penyu’ patut ditangkap sebar berita palsu
M… Read More...