Update [Video Bersih dakwa SPR berat sebelah] SPR DUN Rantau sahaja main taktik kotor beri kemenangan percuma kepada 'bos' sendirik & Nik Omar buat sokongan Wardina naik 100%. >> Berita Malay 18

Ahad, 29 April 2018

Foto Parti Amanah Negara.
Sebab Pas/tag tu bukan ada peruntukan undang-undang. Di Dun Rantau sahaja taktik kotor digunakan untuk beri kemenangan percuma kepada “bos” sendiri...
Foto Mukhriz Mahathir FC.

Ubah sebelum rebah 

Nik Omar buat sokongan Wardina naik 100 peratus


Kemunculan Nik Omar Nik Abdul Aziz di pusat penamaan calon bagi DUN Chempaka semalam ternyata mengejutkan ramai orang.
Ramai memberi tanggapan sendiri berhubung langkah anak kedua bekas mursyidul am PAS itu bertanding bawah tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) - baik positif mahupun negatif.
Ia termasuk selebriti popular Wardina Safiyyah yang menyambut baik langkah Nik Omar itu.
Baginya, penyertaan beliau menambah lagi barisan pemimpin berkebolehan dalam HARAPAN dan  seterusnya menguatkan lagi sokongannya terhadap gabungan pembangkang itu.
"Dengan ramainya mereka yang berintelek, berwibawa dan ikhlas berjuang, kepercayaan saya kepada HARAPAN naik lagi seratus peratus...sebak pun ada.
"Terima kasih ustaz atas keputusan yang tidak mudah ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Hantaran itu dikongsikan pagi ini dan turut disertakan dengan gambar Nik Omar sebagai calon HARAPAN.
Wardina sebelum ini sering berkongsi pandangannya tentang beberapa calon dalam PRU ke-14, antaranya calon BN bagi Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan - paling menonjol - calon HARAPAN bagi Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik.
Dia berharap calon HARAPAN seperti Nik Omar dan Maszlee ini dapat memberi nasihat kepada pemimpin lain dalam gabungan itu jika melakukan kesalahan pada masa akan datang.
"Kepada pemimpin HARAPAN, jangan dirobek dan hampakan kami. Pimpinlah Malaysia seadil, semaju dan sebaiknya untuk semua dan perbaiki kepincangan sistem dan bebaskan negara daripada tamak haloba dan tipu daya," katanya.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: