Update [Video BUBAR! MALAYSIAN & SABAHAN SEPAKAT TUMBANGKAN UmnoBN] Bekas ADUN Pas (Dewa jadi-jadian) SATU LIABILITI KEPADA PAKATAN HARAPAN. >> Berita Malay 18

Selasa, 19 April 2018

Foto Omar Othman.

KHAIRUDDIN SATU LIABILITI KEPADA PAKATAN HARAPAN


Diakhir Disember tahun lalu, telah tersebar khabar angin bahawa 10 ADUN PAS akan meninggalkan parti berkenaan menjelang PRU14.

 Antara faktor yang mendorong ADUN-ADUN terbabit 'melompat kapal' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan - dan berpotensi lebih besar untuk menang - dalam pilihan raya umum akan datang.

 Khabar tersebut serta merta itu juga telah dinafikan oleh Iskandar Samad dan menganggapnya sebagai fitnah.

 Namun berita terbaru mengenai kemasukan seorang Adun Pas ke dalam PKR kelmarin, membuktikan bahawa khabar tersebut bukanlah fitnah sebagaimana dakwaan Pas kerana ada asasnya.

Saya beranggapan  bahawa kemasukan ADUN PAS, Khairuddin Othman (Dewa jadi-jadian) ke dalam PKR kelmarin itu, ketika Parlimen telah dibubarkan, adalah mengganggu persiapan AMANAH Selangor yang sudah pun menyediakan Calon di Dun Paya Jaras dalam menghadapi PRU 14 ini.

AMANAH Selangor nampaknya kini semakin berkurangan kerusi peringkat DUN.

Keadaan ini sangat tidak adil kepada AMANAH dan tidak sepatutnya berlaku tambahan pula di saat-saat terakhir persiapan mengjadapi PRU 14 ini.

 Jika kemasukan ADUN PAS kedalam PKR itu sekadar bertujuan mahu kekal dicalonkan dalam PRU ke-14, maka ia bukan menjadi aset kepada Pakatan Harapan, sebaliknya jadi liabiliti.
 Apakah PKR menduga Pas Paya Jaras tidak  akan meletakan Calonnya bertanding di situ sebagai ganti Khairuddin?

 Dan saya tidak fikir Khairuddin dengan begitu mudah akan dapat diterima dengan baik oleh para pengundi / penyokong komponen PH selain hanya PKR sahaja. ~ so sorry to say so!!

Catatan Oleh 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :