Update [Video Dah 'Ready' Untuk Penamaan Calon PRU14 & Mahathir kata Pekan kawasan 'hantu raya'] Calon HARAPAN Pekan tak takut bomoh dari India. >> Berita Malay 18

Sabtu, 28 April 2018


Calon HARAPAN Pekan tak takut bomoh dari India


Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi parlimen Pekan Zahid Md Arip berkata dia pernah dinasihatkan rakan-rakannya agar tidak mencabar Datuk Seri Najib Razak di parlimen yang disandang perdana menteri sementara itu.
Menurut Zahid yang merupakan anggota jawatankuasa pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), antara lain rakan-rakannya berpesan agar dia berhati-hati dan menjaga keselamatan diri.
"Mereka ingatkan saya bahawa akan ada bomoh dari India yang akan diguna untuk bomohkan saya.
"Saya percaya sesuatu berlaku hanya dengan izin Allah," katanya yang  mengingatkan penggunaan bomoh untuk menang pilihan raya adalah khurafat.
Tambah Zahid lagi, seorang perdana menteri sesebuah negara perlu mempunyai reputasi yang baik dan dihormati oleh pemimpin negara lain dan bukannya seperti Najib.
Sebaliknya, kata Zahid, Najib diperlekehkan di luar negara sebagai kleptokrat dan atas sebab itu dia menerima cabaran untuk berdepan dengan pengerusi BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei ini.
"Najib diperlekehkan di mana-mana sebagai seorang kleptokrat, pencuri, dan semua ini memalukan negara. Beliau tidak layak memerintah negara.
"Pertembungan saya dengan Najib dalam PRU ini akan mendapat perhatian seluruh dunia kerana saya melawan seorang yang begitu dikenali di seluruh dunia sebagai seorang kleptokrat dan pencuri.
"Penduduk Pekan tidak sepatutnya mempunyai pemimpin yang kleptokrat dan pencuri," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Guna isu Felda
Mengulas lanjut, Zahid yang juga merupakan cucu saudara bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba berkata dia mempunyai 5011 strategi untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Zahid yang pernah menjadi pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata antara lain dia akan gunakan isu Felda termasuklah menjelaskan kepada orang ramai bagaimana tanah dijual atau bertukar tangan.
"Saya akan bangkitkan soalan setiap hari kepada Najib dalam tempoh kempen. Jika dia benar-benra ikhlas, dia perlu jawab," katanya.
Menyorot hubungan rapatnya dengan Najib sebelum ini, Zahid berkata dia pernah menasihati perdana menteri sementara itu ketika isu 1MDB dan SRC International Sdn Bhd timbul.
"Saya cuba nasihatkan dia. Tapi dia tak nak dengar. Tun Dr Mahathir Mohamad nasihatkan pun dia tak nak dengar," katanya yang menjelaskan tidak dapat menerima apabila Najib cuba melindungi ahli perniagaan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Tambah anggota jawatankuasa pusat BERSATU itu, dia ketawa apabila Najib berjanji untuk mewujudkan tiga juta peluang pekerjaan dalam manifesto PRU baru-baru ini.
"Antara manifesto PRU ke-13 dan PRU ke-14, kita menyaksikan syarikat penerbangan MAS melepaskan 6,000 kakitangan, banyak kilang tutup dan orang ramai hilang kerja dan tahap pengangguran tinggi, lepas itu dia kata nak buka tiga juga pekerjaan," katanya.
Parlimen Pekan merupakan kubu kuat Najib yang menyaksikan presiden Umno itu mempertahankan kerusinya sekian lama dengan majoriti undi besar.
Pada PRU ke-13, Najib mengalahkan calon PKR Fariz Musa dengan 35,613 majoriti undi.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: