Update 65,000 jawatan baharu diluluskan dalam perkhidmatan awam >> Berita Malay 18

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meluluskan 65,000 jawatan baharu dalam perkhidmatan awam pada tahun ini selaras mendepani evolusi Tranformasi Nasional 2050 (TN50), kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa.

Beliau berkata pertambahan itu dibuat atas permintaan mendesak daripada beberapa jabatan yang memerlukan penambahan penjawat awam di tempat mereka.

"Ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pendidikan, serta banyak lagi agensi yang sangat kritikal memerlukan penambahan penjawat awam," katanya selepas Majlis Amanat KSN Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata, penambahan itu juga menolak dakwaan kerajaan akan mengecilkan jumlah atau saiz perkhidmatan awam di negara ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan telah membangunkan dua projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Miri dan Kuching, Sarawak khas untuk warga KKMM dan menyeru kakitangan awam di kementerian itu merebut peluang memohon kediaman tersebut. - Bernama

loading...

Subscribe to receive free email updates: