Anwar dibebaskan dari penjara Selasa ini
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara Selasa ini, kata anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR hari ini.
“Yes (ya),” jawab Nurul Izzah melalui aplikasi WhatsApp apabila diminta mengesahkan mengenai pembebasan Anwar pada Selasa ini.
Anwar dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2015 menolak rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya serta hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menyatakan kesediaan Seri Paduka untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar Ibrahim.
“Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberi pengampunan tetapi juga akan dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan,” kata Dr Mahathir. -Bernama
Related Posts :
Update PAS bayar lebih RM2.1 juta kos guaman kes S'wak Report >> Berita Malay 18PAS bayar lebih RM2.1 juta kos guaman kes S'wak Report: MUKTAMAR | 'Duit yang dikutip daripada ahli, atas dasar solidariti sokongan kepada&n… Read More...
Update ‘Madu saya anugerah Allah,’ kata isteri pertama >> Berita Malay 18‘Madu saya anugerah Allah,’ kata isteri pertama: Sumayyah berkata poligami tidak hanya membawa kebaikan kepada suami, tetapi juga membawa ke… Read More...
> Berita Malay 18" href="https://beritamalay18.blogspot.com/2018/09/update-makin-hari-hak-islam-melayu.html">Update "Makin hari hak Islam, Melayu ditarik satu demi satu" >> Berita Malay 18
Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, 5 Muharram 1440H, Sabtu– Desakan dua pertubuhan liberal dan sekular supaya kerajaan mengkaji semula undang… Read More...
Update (KAPIR BERKUASA) Ladang babi cemari Pantai2Teluk Kumbar P.Pinang >> Berita Malay 18
BALIK PULAU, 5 Muharram 1440H, Sabtu – Pakar biologi marin memberi amaran, sisa buangan daripada dua ladang babi boleh mencemarkan k… Read More...
Update Tun M, LGE, Mat Sabu, Azmin DEMAM tengok carta ini >> Berita Malay 18
… Read More...