Update Berapa Kos Penyiaran Yang Perlu Ditanggung Rakyat Malaysia Untuk Penyiaran Piala Dunia 2018 Di RTM? >> Berita Malay 18

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan. Baca di sini.

Semalam Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

Ironinya, Perdana Menteri dalam Sidang Media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini, antara lain telah mengumumkan perkara-perkara berikut:
  • Bonus Hari Raya Penjawat awam untuk gred 41 ke bawah sahaja yang lebih kecil daripada Kerajaan Barisan Nasional terdahulu iaitu RM400.
  • Projek Landasan Keretapi Laju (HSR) dibatalkan dan akan dibincangkan dengan Singapura.
  • Projek Mass Rapid Tren (MRT) 3 dibatalkan.

Ketiga-tiga projek berkenaan dibatalkan kerana Kerajaan tidak mahu berbelanja besar, mungkin. Ini ditambah pula dengan tindakan Kerajaan PH akan buka akaun 'Tabung Harapan' untuk kutip derma dari Rakyat untuk bayar hutang negara. Satu lawak antarabangsa dari Menteri Kewangan atau Menteri Kewayangan.


Ironinya Kerajaan PH. Walaupun kononnya tiada duit buat HSR dan MRT3, bonus Raya untuk kakitangan awam (golongan tertentu sahaja) kecil saja, tidak mampu naikkan gaji kakitangan kerajaan, Bursa saham jatuh menjunam, harga barangan mencanak naik, tapi Kerajaan PH cukup duit untuk siaran langsung Piala Dunia dalam RTM1. 

Rakyat Malaysia pastinya mahu tahu berapakah hak penyiaran yang perlu dibayar untuk penyiaran siaran langsung Piala Dunia di RTM daripada Pak Menteri. Bukan semua Rakyat minat bola. Apa signifikan terhadap usaha penjimatan yg digembar-gemburkan? Lagipun dengan harga barangan makanan meningkat, kita makan bola sajalah.

Subscribe to receive free email updates: