Update Bongkar! Adegan Air Mata Sehari Sebelum Hari Mengundi PRU14 >> Berita Malay 18

Dr Mahathir Mohamad semakin tertekan dan desperado. Sebelum ini beliau menghina individu-individu pro-PAS yang meninggal dunia di Memali sebagai 'mati katak'.


Tindakan beliau itu mendatangkan marah ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti PAS.

Tidak kiralah apa tafsiran kematian mereka di Memali tetapi melabelkan 'mati katak' merupakan satu penghinaan yang amat teruk serta tidak boleh dimaafkan. PAS memang patut tolak Mahathir dan sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Sebagai langkah diversion, Mahathir menziarahi kubur bekas presiden PAS, allahyarham Datuk Fadzil Noor di Kedah.

Penulis sendiri 'terpegun' dengan tahap desperado Mahathir yang begitu jelas. Ramai yang tidak tahu bahawa pada tahun 2000, Allahyarham Fadzil Noor pernah mendoakan agar Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Dan sekarang, satu demi satu isu dan pelbagai pembongkaran didedahkan oleh pihak media utama, blog dan media sosial yang lain.

Lebih mendapatkan desperado Mahathir ialah apabila Mahathir juga bercadang untuk menziarahi kubur allahyarham Abdul Nik Aziz Nik Mat.

Tetapi anak allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghalang lawatan Mahathir Mohamad.
"Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum. Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang" kata Nik Adli.
Penulis tidak pasti sama ada Mahathir Mohamad menggunakan khidmat syarikat penganalisis data seperti Cambridge Analytica atau syarikat induknya, SCL Group bagi menyediakan naratif propaganda kempen beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Persoalan ini timbul kerana isu penghinaan 'mati katak' dan dituruti dengan menziarahi kubur pemimpin PAS adalah satu kebetulan yang mencurigakan. Ianya seperti dirancang untuk menutup isu 'mati katak'.

Begitu juga dengan adegan 'keluar air mata' di dalam video propaganda Mahathir dan berita tentang Mahathir mungkin masuk hospital, sehari dua sebelum hari mengundi pada 9 Mei ini.

Malah, Syed Shaddiq juga menggunakan propaganda ini dengan menyiarkan video kenyataan Dr Siti Hasmah di twitter beliau untuk meraih undi.

Pada PRU13, Lim Kit Siang juga menangis teresak-esak kononnya parti DAP terpaksa menggunakan logo PAS. Tetapi pada PRU14, beliau tidak menangis pula apabila DAP menggunakan logo PKR. Ini hipokrit namanya.

Kesemuanya itu menjuruskan kepada satu motif iaitu untuk mendapatkan undi simpati daripada para pengundi.

Mungkin ada keberkesanan untuk menggunapakai propaganda menagih simpati ini terutamanya pada kaum Melayu. Ada pihak yang mungkin telah menyarankan Mahathir. Kerana itu penulis percaya naratif simpati ini akan tetap digunakan menjelang hari mengundi nanti.

Apakah pelan seterusnya?

Sekarang tersebar di Whatsapp bahawa akan ada tayangan secara langsung pada malam 8 Mei nanti di seluruh negara.

Ianya akan disiarkan di setiap ceramah yang diadakan oleh puak pembangkang. Ketika itu, Mahathir di dakwa akan berucap dan ditayangkan di pusat-pusat ceramah tersebut.

Jika benar, berkemungkinan besar ucapan tersebut akan diselit dengan adegan air mata dan menyapu air mata untuk mendapatkan undi simpati. Mereka yang termakan dengan propaganda ini berkemungkinan akan mengundi pembangkang.

Tetapi penulis percaya bahawa para pengundi tidak memilih parti di atas rasa simpati. Kita juga bosan dengan politiking setiap hari dan prinsip kepimpinan pakatan pembangkang yang sentiasa diliwat dan tidak berpendirian. Bagi mereka, rakyat adalah amat bodoh dan akan mempercayai setiap u-turn yang mereka lakukan.

MahaFiraun, MahaZalim, hantu nombor satu Malaysia, perompak kekayaan negara, banduan peliwat dan pelbagai lagi label ke atas kepimpinan tertinggi pembangkang, tidak boleh ditutup begitu sahaja.

Rakyat tidak akan menerima permainan politik pembangkang dan akan menggunakan PRU14 ini untuk mengajar kepimpinan pembangkang supaya tidak lagi memperlekeh dan memperbodohkan rakyat.

Rakyat akan tolak pembangkang.






Subscribe to receive free email updates: