Update Ceramah Wan Azizah Terganggu & Isu Mata Lebam. >> Berita Malay 18

Apakah Wan Azizah beranggapan rakyat begitu bodoh dan pelupa seperti Mahathir Mohamad?


Inilah persoalannya apabila membaca laporan portal pembangkang, Malaysiakini tentang ceramah Wan Azizah di Pengkalan Kundur, Kuala Kedah.

Dilaporkan bahawa ceramah itu mengalami 2 kali gangguan tetapi disebabkan masaalah bekalan elektrik tetapi dapat diatasi kurang dari 10 minit.

Mahathir Mohamad tentu akan cepat melompat dan mendakwa ada sabotaj daripada BN jika perkara ini berlaku di tempat beliau berceramah!

Beliau berkata, rakyat harus memberikan undi kepada Pakatan Harapan sebagai tanda melawan kezaliman yang berlaku terhadap Anwar. Beliau menyifatkan logo PKR ibarat lebam pada mata Anwar Ibrahim.

Beliau juga menceritakan detik Anwar Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998.

Jika perkara-perkara di atas yang dijaja oleh Wan Azizah untuk berkempen di sepanjang minggu ini, rakyat sudah pasti mengeleng-gelengkan kepala tanda terkejut dengan tahap hipokrit Wan Azizah.

Apa tidaknya.
1. Segala kezaliman yang didakwa berlaku ke atas Anwar Ibrahim adalah disebabkan oleh Mahathir Mohamad.
2. Penubuhan parti Keadilan berasaskan reformasi yang menentang Mahathir Mohamad.
3. Anwar Ibrahim dipenjarakan disebabkan oleh Mahathir Mohamad.
4. Mahathir Mohamad yang telah memalukan Wan Azizah, Nurul Izzah dan seluruh keturunan Anwar Ibrahim apabila beliau mengumumkan secara terperinci tentang aktiviti songsang Anwar Ibrahim yang meliwat dan pelbagai lagi aktiviti seksnya kepada seluruh dunia.
Malah, video kenyataan Mahathir itu masih lagi tersiar di dalam youtube, facebook, whatsapp dan blog tanpa dinafikan oleh Mahathir sehingga ke saat ini.

Pokoknya, Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab penuh ke atas apa yang berlaku kepada Anwar Ibraim dan tertubuhnya parti Keadilan.

Dan sekarang, Wan Azizah merayu supaya rakyat mengundi Pakatan Harapan. Pada hal, Mahathir Mohamad turut berada di dalam Pakatan Harapan!

Wan Azizah mahu lawan kezaliman tetapi yang buat zalim itu ada dalam Pakatan Harapan! Tidak masuk akal langsung!

Penulis menyarankan agar sesiapa yang hadir di ceramah Wan Azizah supaya mengingatkan beliau bahawa Mahathir Mohamad, calon PM pembangkang adalah pihak yang patut ditolak oleh semua penyokong pembangkang termasuk Wan Azizah sendiri.

4 perkara di atas perlu diinyatakan di depan beliau.

Dan selagi Mahathir berada di dalamnya, Pakatan Harapan yang mesti ditolak.




Sumber
https://www.malaysiakini.com/my

Subscribe to receive free email updates: