Update Drama Terbaru Kerala - Ziarah Kubur Allajyarham Datuk Fadzil Noor >> Berita Malay 18


Setelah berpuluh tahun Allahyarham Fadzil Noor meninggal dunia akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad menziarah kubur beliau petang tadi.

Terdapat tiga teori di sini. Pertama, Tun Dr Mahathir terpaksa melakukan 'political stunt' ini kerana beliau terlepas cakap mengutuk mangsa memali sebagai mati katak.

Kedua, Tun Dr Mahathir melakukan ini kerana beliau sedang di ambang kekalahan di Langkawi. Kaji selidik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Haraoan (PH) sendiri mendapati Tun Dr Mahathir perlu sokongan 2-3 ribu penyokong PAS untuk mengalahkan BN.

Ketiga, Tun Dr Mahathir mungkin mahu memohon kemaafan kerana takut doa Allhayarham Fadzil Noor ke atas dirinya menjadi kenyataan. Semasa hayatnya Allahyarham Fadzil Noor berdoa Tun Dr Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat sendiri dosa-dosa beliau.

Tun Dr Mahathir memang terdesak di Langkawi. Jika tidak masakan beliau memohon maaf kerana mengutuk mangsa Memali. Sejarah menunjukkan Tun Dr Mahathir memang pantang mengaku salah dan mohon maaf secara terbuka. 

Apa-apapun, hati-hati dengan manusia bernama Mahathir Mohamed.

Subscribe to receive free email updates: