Tindakan beberapa hakim syarie yang meluangkan masa memberi nasihat percuma kepada pengundi di kawasan Parlimen Jerai di mana Menyeri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempertahankan kerusinya mula dipersoalkan sesetengah pihak.
Bagi peguam syarie, Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, apa yang berlaku itu menjadi persoalan dan adalah wajar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahaan Rsuah (SPRM) menjalankan siasatan.
"Jika ingin memberi nasihat percuma tentang prosedur atau undang-undang syariah mengapa menggunakan hakim bukannya peguam?
"Selain itu, kenapa ini dilakukan semasa tempoh pilihan raya, adakah kebetulan? SPR dan SPRM patut menyiasat perkara ini," katanya kepada Malysiakini.
Dalam satu surat Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Deris yang juga ketua hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur berkata khidmat nasihat percuma itu adalah sebagai perkhidmatan sosial bagi penduduk Jerai.
Ia bermula Khamis lalu hingga hari ini (Sabtu) dan penduduk boleh merujuk mengenai perkara-perkara syariah.
Perkara-perkara berkaitan agama Islam di peringkat persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Jamil Khir.
Mengulas lanjut, Iskandar berkata Arahan Amalan 1, 2001 Kod Etika Hakim Syarie (arahan kepada hakim Mahkamah Syariah) di mana perkara tiga (I) menyebut seorang hakim syarie tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti parti politik.
Katanya, memandangkan hakim-hakim mahkamah sivil tidak terlibat dalam kegiatan politik tidak ada sebab bagi hakim syarie berbuat demikian.
Mereka, kata Syed Iskandar, sepatutnya berada di atas politik.
Peguam itu juga mengesahkan gambar-gambar yang tersebar memaparkan Jamil Khir dengan beberapa individu di hadapan bangunan Umno Jerai adalah hakim syarie dan kakitangan mahkamah syariah. -MK
Related Posts :
Update [Video KEBEBASAN BERDASARKAN FAKTA, kata Guan Eng] Walaun Pas pulak yg gembira terlajak Semenyih menang? UmnoPas menang PH MASIH KERAJAAN... >> Berita Malay 18Ahad, 3 Mac 2019
Otai BERSIH
Walaun Pas pulak yg gembira terlajak Semenyih menang. Padahal yg menang tu semuanya kerusi UMNO. Kerusi PAS d… Read More...
Update [Video Dr M: Umno-PAS cooperation contributed to Pakatan's loss in Semenyih] Siapa MP bekas Umno yang MELOMPAT sertai Bersatu TUNJUK MUKA DI SEMENYIH? >> Berita Malay 18Ahad, 3 Mac 2019
Dun Selangor
PH- 50
BN- 5
PAS-1
TOTAL DUN 56
X dapat apa pun kan menang kat Semenyih....
Otai BERSIH
SIAPA MP BEKAS UMNO … Read More...
Update Cameron Highlands Sudah, Semenyih Sudah, DUN Rantau Pula Menanti >> Berita Malay 18
Formula UMNO-PAS untuk menang PRK ini dengan mendapatkan undi jitu Melayu mungkin perlu pengubahsuaian kerana Melayu cuma … Read More...
Update Analisa Mudah Keputusan #PRKSemenyih >> Berita Malay 18
Berdasarkan angka-angka di atas, analisis mudah keputusan #PRKSemenyih semalam boleh dibuat:
1. Pemilih yang mengundi Pakatan Harapan pa… Read More...
Update [Video Analisis Kekalahan PH Di Semenyih] Rumusan daripada pandangan rakyat:- Pengadilan ke atas Najib, Rosmah, Zahid, Adnan, Azeez & pemimpin Pas perlu disegerakan >> Berita Malay 18Ahad, 3 Februari 2019
Revolusi Anak Muda Malaysia
Harap kerajaan PH peka akan isu ini. Jangan lagi ambil remeh dan mudah. Politik ma… Read More...