Mini Hospital dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) antara kemudahan yang amat diperlukan rakyat di Sungai Ular.
Itu antara tumpuan calon BN Parlimen Indera Mahkota, Dato' Dr Johan Mat Sah yang melihat kemudahan itu wajar disediakan untuk manfaat rakyat.
Johan berkata, faktor jarak yang jauh dengan bandar Kuantan menyebabkan sebahagian wanita mengandung di Sungai Ular terpaksa ke Hospital Kemaman untuk bersalin.
"Hal ini akan mempengaruhi maklumat pada dokumen pengenalan diri mereka.
"Justeru, saya melihat kemudahan itu penting di kawasan Sungai Ular malah tapak pun sudah dikenal pasti,"katanya kepada media selepas Program Ukhwah Islamiah di sini.
Hadir sama, calon BN Dun Beserah, Dato' Suhaimi Sulong.
Johan berkata, selain mini hospital, RTC juga akan dibina bagi memudahkan penduduk membuat pelbagai urusan dan tidak perlu ke bandar Kuantan.
Katanya, kerajaan sentiasa memberi fokus terhadap keperluan rakyat.
"Justeru, jika rakyat memilih BN kali ini, semua itu akan menjadi prioriti saya di samping pelbagai pembangunan lain akan dilaksanakan,"katanya.
Dalam pada itu, Johan berkata, sejak tempoh kempen, dia sudah turun padang ke kawasan hampir 85 peratus.
Katanya, baki tempoh kempen akan dimanfaatkan sebaik mungkin supaya kemenangan menjadi milik BN.
Related Posts :
Update Luck might be running out for chubby Jho... >> Berita Malay 18
But It Would Spell Trouble
For Ex-PM Najib Razak...
What former Inspector-General of Police (IGP) Mohamad Fuzi Harun could not … Read More...
Update [Video Makcik bawang..Siap letak RESIT kt gelang tu yg xle bla tu hahaha!] 'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'? Sampai bila nak biar 'DEEP STATE' BERMAHARAJALELA DALAM SKMM? >> Berita Malay 18Jumaat, 31 Mei 2019
'Repost, kongsi atau sebar tabur fitnah'.. itu BUKAN FITNAH! Asalkan bukan tulisan asal, sendiri..
Suara Rakyat
… Read More...
Update Firma utama Jepun beri komitmen untuk melabur di Malaysia >> Berita Malay 18Firma utama Jepun beri komitmen untuk melabur di Malaysia: TOKYO - Firma utama Jepun memberi komitmen untuk mempertingkat pelaburan dan pern… Read More...
Update Sampai Depan Mimbar Khutbah MP DAP Bukan Islam Bagi Zakat >> Berita Malay 18
Sehingga ke depan mimbar masjid Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dibenarkan masuk. Persoalannya,
Pertama, tidak ada wakil … Read More...
Update [Video NGO lapor polis terhadap Pengerusi Ummah] Ajak org bukan Islam berbuka di masjid x boleh, mengapa kat DUBAI BOLEH? Sebab kat sana tak dak lebai2 yg sanggup pi bakaq kereta? Adoiii kena kunci tayar syari’e pulak, dah dekat raya ni! >> Berita Malay 18Jumaat, 31 Mei 2019
KiniTV
Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) membuat laporan polis terhadap Pengerusi Ummah Aminuddin Yahya kerana d… Read More...